PENGENALAN Pada tahun 2023, bagi memantapkan organisasi Kerajaan ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian Perkhidmatan Awam, Pejabat Penasihat Undang-Undang Jabatan Perkhidmatan Awam telah meneruskan usaha untuk memberikan nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia. Antara pencapaian penting bagi tahun 2023 adalah seperti yang berikut: Pencapaian 1 Memberi khidmat nasihat perundangan, maklum balas, ulasan dan kajian undang-undang berhubung dengan isu undang-undang selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang berkuat kuasa dan dasar Kerajaan. Pencapaian 2 Menyemak dan menggubal rang undang-undang perundangan utama dan perundangan subsidiari untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang berkuat kuasa dan dasar Kerajaan. Pencapaian 3 Menyertai sesi libat urus, mesyuarat dan rundingan mengenai isu perkhidmatan dan pengoperasian bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah selaras dengan lunas undang-undang. PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG Mesyuarat Kerja Semakan Draf Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) Baharu Tahun 2023 pada 1 hingga 4 Mac 2023 di Johor Bahru Mesyuarat Pasukan Kajian Pelantikan Pegawai pada 11 hingga 12 Julai 2023 Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Mengenai Cuti Belajar dan Tindakan Penalti dalam Perkhidmatan Awam di Adya Hotel, Langkawi pada 15 hingga 17 Mei 2023 Jabatan Perkhidmatan Awam 120
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy