BENGKEL PENGURUSAN KANDUNGAN PORTAL JPA 07 Bengkel Pemantapan Pengurusan Kandungan Portal Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2023 telah dilaksanakan pada 14 hingga 16 Jun 2023 di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dihadiri oleh 22 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Bahagian/ Unit yang telah dilantik sebagai Pegawai Penyelaras dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kandungan Portal JPA. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran pegawai (penyelaras Bahagian/ Unit) akan kepentingan pengemaskinian maklumat dan kandungan Portal yang memaparkan perkhidmatan teras di JPA, menjelaskan tentang amalan tadbir urus terbaik pengurusan kandungan portal dalam sektor awam berdasarkan pekeliling dan garis panduan yang telah ditetapkan, menjelaskan panduan pengurusan portal mengikut ketetapan kriteria pemantauan laman web/ portal yang telah ditetapkan dan mewujudkan interaksi positif dalam kalangan pegawai (penyelaras Bahagian/ Unit) bagi membentuk semangat kerja secara kolaborasi. Hasil dari bengkel ini JPA telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard Pengurusan Kandungan Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam. Prosedur Operasi Standard ini dokumen yang menerangkan tatacara pengurusan kandungan Portal Rasmi JPA meliputi aktiviti memuat naik, meminda dan menghapuskan kandungan dalam Portal Rasmi JPA berdasarkan kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2015 - Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam dan peraturan semasa yang berkuat kuasa. Laporan Tahunan 2023 119
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy