LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN 06 Kursus Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan telah dilaksanakan pada 14 hingga 16 Julai 2023 di Espira Kinrara, Puchong. Antara objektif kursus ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam pengurusan aduan, menambah baik sistem pengurusan aduan dengan memberi ruang perbincangan dua hala antara bahagian dan urusetia, serta meningkatkan keyakinan diri para peserta ketika berurusan dengan pelanggan. Seramai 36 peserta dari 12 bahagian di JPA yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan Aduan (PPA) dan Pegawai Khidmat Pelanggan menyertai kursus ini. Antara program yang dijalankan adalah melibatkan taklimat mengenai tatacara pengendalian pelanggan menerusi pelbagai sumber (panggilan telefon, emel dan secara bersemuka), kepentingan menjaga dan menguruskan emosi, penambahbaikan dari segi keterampilan diri dan personaliti, serta pelbagai aktiviti berkumpulan. Jabatan Perkhidmatan Awam 118

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy