LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

LAWATAN PENANDA ARAS KE KOMPLEKS NASYRUL QURAN 04 Lawatan Penanda Aras merupakan inisiatif baharu yang mula dilaksanakan pada tahun 2023 bagi tujuan penambahbaikan pengurusan aduan dan perkhidmatan pelanggan. Lawatan yang dilaksanakan pada 31 Mac 2023 ini melibatkan Pegawai Pengurusan Aduan (PPA) dari pelbagai bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Lawatan yang disertai seramai 32 orang peserta ini telah diadakan di Kompleks Nasyrul Quran yang merupakan kilang percetakan Al-Quran terbesar di Malaysia terletak di Presint 14, Putrajaya. Menerusi lawatan tersebut, peserta-peserta didedahkan dengan cara atau kaedah pengendalian pengurusan aduan dan perkhidmatan pelanggan yang dipraktiskan di Kompleks ini. Disamping itu, peserta lawatan turut berpeluang melihat sendiri proses penghasilan Al-Quran selain turut diberi peluang merasai sendiri pengalaman menulis ayat-ayat suci Al-Quran menggunakan pen khas yang telah disediakan. LAWATAN PENANDA ARAS KE MALAYSIA AIRPORTS HOLDING BERHAD (MAHB) 05 Lawatan Penanda Aras ke Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) telah dilaksanakan pada 17 Mei 2023 yang terletak di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2), Sepang. Lawatan ini melibatkan seramai 31 orang yang terdiri daripada petugas-petugas kaunter JPA4U dan Pegawai Pengurusan Aduan (PPA) dari setiap bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Menerusi lawatan ini, peserta diperkenalkan dengan inisiatif program yang dijalankan oleh pihak MAHB dalam pengendalian pelanggan seperti program Exceptional People Practise (EPP) dan Greeting Closing Gesture (GCG) dimana peserta didedahkan dengan cara mempelajari bahasa tubuh dan kelakuan pelanggan yang hadir berurusan di kaunter. Selain itu, sesi perkongsian maklumat bersama MAHB turut membincangkan tentang ciri-ciri dan personaliti yang perlu ada pada seorang petugas barisan hadapan terutama dari segi penggunaan gaya bahasa yang bersesuaian ketika berinteraksi bersama pelanggan. Laporan Tahunan 2023 117

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy