LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

BAHAGIAN DIGITAL DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS merupakan platform yang disediakan untuk JPA memantau dan menyelaras isu-isu pelaksanaan HRMIS di peringkat pengurusan sumber manusia Kementerian/ Agensi/ PSUK. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Ke-32 yang dipengerusikan oleh Pengarah BDTM telah dilaksanakan pada 16 Mac 2023 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Salah satu dari aktiviti libat urus yang dilaksanakan oleh Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM), JPA adalah Program Turun Padang HRMIS Care. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada agensi mengutarakan sebarang isu atau masalah yang dihadapi berkaitan dengan HRMIS di Agensi masing-masing serta Agensi di bawah seliaan. Ia merupakan sesi one-to-one antara JPA dan agensi. Sepanjang tahun 2023, program HRMIS Care telah dilaksanakan di Kementerian/ Agensi/ PSUK berikut:- i. Kementerian Dalam Negeri; ii. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia; iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; iv. Kementerian Pengangkutan Malaysia; v. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang; vi. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; vii. Kementerian Sumber Manusia; viii. Kementerian Pendidikan Malaysia; dan ix. Dewan Bahasa dan Pustaka. MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA DAN PEMANTAUAN HRMIS KE-32 01 PROGRAM TURUN PADANG HRMIS CARE BERSAMA KEMENTERIAN/ AGENSI/ PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN (PSUK) 02 Jabatan Perkhidmatan Awam 112

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy