Konvensyen kali ke-8 ini telah berlangsung pada 3 – 4 Oktober 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Konvensyen pada kali ini adalah anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, KPDN, PERKESO dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Penyampaian Anugerah Dwi Tahunan AKRAB telah turut diadakan dalam Konvensyen pada kali ini. Seramai 300 orang ahli AKRAB dari seluruh negara telah menghadiri konvensyen ini. Tema Konvensyen pada kali ini adalah AKRAB Aspirasi Malaysia MADANI. KONVENSYEN AKRAB KEBANGSAAN TAHUN 2023 03 Laporan Tahunan 2023 111
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy