LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Program Kenegaraan bersempena Bulan Kebangsaan telah dilaksanakan di JPA bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan warga JPA dan menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan. Acara perasmian program ini telah diadakan bersekali dengan Majlis Perhimpunan JPA anjuran BPO pada 16 Ogos 2023. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti berikut: 1) Jom Kongsi@Ilmu: Dari Malaya ke Malaysia pada 10 Ogos 2023; 2) Brisk Walk Kemerdekaan pada 23 Ogos 2023; 3) Kembara Merdeka ke Gunung Siku pada 26 Ogos 2023; 4) Lawatan Inspirasi Kemerdekaan ke Memorial Tunku Abdul Rahman pada 29 Ogos 2023; 5) Siri Tayangan Filem Kemerdekaan pada 25 Ogos 2023 (Mat Kilau) dan 8 September 2023 (Paloh); 6) Pertandingan Kuiz Kemerdekaan; 7) Pertandingan Hiasan Kemerdekaan; 8) Pameran dan Photo Booth Kemerdekaan; 9) Pameran Buku, Lagu dan Trivia Kemerdekaan; dan 10) Hebahan Info Kemerdekaan. Sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah dilaksanakan bersekali Majlis Perhimpunan Bulanan JPA pada 13 Oktober 2023. PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT JPA TAHUN 2023 07 PROGRAM DEKAD BAHASA KEBANGSAAN DAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN (DBKDMK) PERINGKAT JPA TAHUN 2023 08 Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) melalui Unit Perpustakaan telah diberikan mandat untuk menyelaras pelaksanaan program DBKDMK di peringkat JPA dengan kerjasama INTAN dan Kelab JPA. Program DBKDMK Peringkat JPA dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat cintakan bahasa dan membina jati diri selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat nasional dan antarabangsa. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti berikut: 1) Kursus Seni Penulisan Pantun pada 26 & 27 Julai 2023; 2) Kursus Bacaan Pantas pada 22 & 23 Ogos 2023; 3) Pertandingan Sahibba pada 5 September 2023; 4) Pertandingan Perpustakaan Keluarga; 5) Pertandingan Pesta Pantun pada 26 September 2023; dan 6) Pertandingan Gegar Pidato Piala KPPA pada 5 Oktober 2023. Sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah dilaksanakan bersekali Majlis Perhimpunan Bulanan JPA pada 13 Oktober 2023. Jabatan Perkhidmatan Awam 106

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy