SEMINAR PENGURUSAN PERSARAAN DAN PENYEDIAAN DOKUMENTASI PERSARAAN KEPADA PENGURUS SUMBER MANUSIA 02 Sepanjang tahun 2023, Bahagian Pencen telah berkolaborasi dengan pihak Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] untuk menganjurkan Seminar Pengurusan Persaraan dan Penyediaan Dokumentasi Persaraan Kepada Pengurus Sumber Manusia yang bertujuan untuk memberi penerangan mengenai isu-isu berkaitan pencen serta dasar-dasar semasa, pengurusan kes Persaraan Atas Sebab Kesihatan (ASK), pengurusan pengumpulan Award Gantian Cuti Rehat (GCR), pengurusan dokumentasi persaraan dan banyak lagi. Seminar ini juga dilaksanakan bagi menyediakan platform kepada Pengurus Sumber Manusia daripada Jabatan yang terlibat untuk bertanyakan sebarang persoalan berkaitan dengan isu perkhidmatan dan persaraan bagi memperolehi maklumat secara terus daripada pegawai yang menguruskan urusan persaraan daripada Bahagian Pencen, JPA dan KWAP. Kesemua program ini juga telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pencen. Sejumlah 890 orang Pengurus Sumber Manusia telah hadir ketiga-tiga seminar yang dianjurkan seperti perincian di bawah: BIL. TARIKH LOKASI PESERTA JUMLAH PESERTA 1. 30 – 31 Januari 2023 Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri Terengganu 230 2. 1 – 2 Mac 2023 Auditorium JPA, Putrajaya Badan-Badan Berkanun Persekutuan 330 3. 13 – 14 September 2023 Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 330 JUMLAH KESELURUHAN PESERTA 890 peserta Bahagian Pencen, JPA dan KWAP juga telah mengambil kesempatan ini, untuk mengadakan Program Lawatan Kebajikan Pesara di sekitar negeri Terengganu pada 30 Januari 2023 yang bertujuan untuk menyantuni pesara-pesara yang kurang bernasib baik dan mengalami kesusahan dengan menghulurkan bantuan keperluan dan sokongan yang diperlukan oleh mereka. Laporan Tahunan 2023 103
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy