PROGRAM SEBARKAN KASIH BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA), KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) [KWAP] DAN PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 01 Pada 12 April 2023, Bahagian Pencen JPA dengan kerjasama Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) telah mengadakan Program Sebarkan Kasih Bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM). YBhg. Dato' Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkesempatan menziarahi pesara-pesara Kerajaan yang uzur dan menyampaikan Sijil Penghargaan dan sumbangan barang keperluan harian. KWAP diketuai oleh YBhg. Datuk Nik Amlizan binti Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif dan YAD Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' Dr. Haji Wan Mahmood bin Pawan Teh, Presiden PPKM. Hadir sama, YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pencen selain barisan pimpinan PPKM serta pegawai-pegawai kanan daripada JPA dan KWAP. Kunjungan dimulakan ke rumah pesara yang terletak di Kajang Selangor iaitu Encik Ismail bin Mohd Ralib, yang berusia 77 tahun. Beliau mengalami kurang upaya penglihatan dan tarikh persaraan wajib beliau adalah pada 21 September 2001 sebagai Pencatit Masa di Jabatan Bekalan Air Selangor. BAHAGIAN PENCEN YBhg. Dato’ Seri Dr. KPPA juga telah menziarahi balu kepada Allahyarham Mustafa bin Mat Isa (pesara) iaitu Puan Patimah binti Harun yang berusia 76 tahun. Allahyarham Mustafa yang meninggal dunia pada 30 Mac 2023 merupakan Pegawai Penjara yang bersara wajib pada 1 Ogos 2007. Turut diziarahi, pesara yang pernah berkhidmat sebagai Posmen T/Kanan di Jabatan Pos, Encik Muniandy a/l I Viswalingam dan isteri, Puan Marimuthu a/p Manickam yang mempunyai penyakit jantung. Semasa sesi kunjungan ini pihak KWAP turut telah menyampaikan pelbagai sumbangan barang keperluan harian termasuk keperluan peralatan seperti katil kepada pesara uzur. Jabatan Perkhidmatan Awam 102
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy