LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

PENGANJURAN LAWATAN PENANDAARASAN KE KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) DAN PETRONAS 03 Sebanyak dua sesi lawatan penandaarasan telah dilaksanakan pada tahun 2023 iaitu lawatan ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 7 September 2023 dan lawatan ke PETRONAS pada 20 November 2023. Lawatan penandaarasan ini disertai oleh pegawai-pegawai BGE dan wakil– wakil Bahagian di JPA iaitu Bahagian Perkhidmatan (BK), Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO), Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD), Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Pengurusan Psikologi (BPsi). Pihak KWSP dan PETRONAS telah mengadakan pembentangan berkaitan sistem saraan yang diguna pakai di organisasi mereka sebagai perkongsian kepada semua ahli delegasi. Sepanjang sesi tersebut, ahli-ahli delegasi berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan berinteraksi bagi mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu polisi yang telah dilaksanakan oleh KWSP dan PETRONAS. Sesi pembentangan tersebut telah memberi ruang kepada ahli delegasi untuk melihat secara lebih holistik, bagaimana sesuatu polisi berkaitan dasar saraan digubal dan disesuaikan dengan keadaan semasa Pegawai Awam. Antara perkara yang dibincangkan adalah bagaimana penetapan gaji, kaedah pemberian elaun-elaun tertentu dan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada pekerja KWSP dan PETRONAS. Ahli delegasi juga diberi peluang untuk melawat ruang kerja yang berkonsepkan digital workplace dan kemudahan/ fasiliti yang disediakan oleh KWSP dan PETRONAS kepada warga kerja mereka seperti kemudahan gimnasium, bilik rawatan, ruang rehat dan bilik diskusi. Lawatan ini diakhiri dengan penyampaian momento daripada kedua-dua pihak sebagai tanda penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Delegasi Lawatan iaitu YBrs. Dr. Nor Azlin binti Mohammad Shamsudin, Timbalan Pengarah Kanan, BGE kepada wakil Ketua Agensi KWSP dan PETRONAS. Lawatan Penandaarasan ke KWSP Jabatan Perkhidmatan Awam 100

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy