Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan bagi PekerjaPekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Pelaksana (MBK S&T) pada 25 Ogos 2023 Wacana Harmoni MBK Lawatan Pendidikan Teknologi Hijau ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Program Outreach MBK Penganjuran Persidangan Majlis Bersama Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri Tahun 2023 Penyampaian Anugerah Agensi Induk Terbaik MBJ Tahun 2022 Peringkat Negeri – SUK Negeri Perak Persidangan Majlis Bersama Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri adalah merupakan program tahunan Bahagian Gaji dan Elaun yang bermatlamat untuk menyediakan platform bagi JPA sebagai agensi pusat membentangkan hasil pemantauan terhadap pelaksanaan dasar MBJ di peringkat Persekutuan dan Negeri. Persidangan bagi tahun 2023 telah diadakan pada 13 Jun 2023 (Selasa) bertempat di Satria Ballroom, Aras 3, Hotel Dorsett Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Hasmarulaini binti Omar, Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam. Sebanyak 553 agensi peringkat Persekutuan dan Negeri telah menerima sijil penghargaan keaktifan pelaksanaan mesyuarat MBJ sepanjang tahun 2022. Persidangan ini juga telah membuat pengiktirafan kepada agensi induk terbaik di peringkat Persekutuan yang dianugerahkan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM), dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi peringkat Negeri. PERSIDANGAN MAJLIS BERSAMA JABATAN PERINGKAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI TAHUN 2023 02 Laporan Tahunan 2023 099
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy