LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) adalah platform rasmi hubungan majikan-pekerja dalam Perkhidmatan Awam yang disediakan oleh Kerajaan melibatkan Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja bagi membincangkan perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasanya. Pelaksanaan MBK adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Hubungan Majikan-Pekerja, Ceraian PO.4.1.1 Dasar Hubungan Majikan-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam – Majlis Bersama Kebangsaan. Dasar tersebut menetapkan tiga (3) MBK ditubuhkan bagi memperkasakan hubungan majikanpekerja yang inklusif iaitu: (i) Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P); (ii) Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Pelaksana (MBK S&T); dan (iii) Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Am dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am). PENGANJURAN MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN Mesyuarat MBK bagi tahun 2023 dimulai dengan Mesyuarat MBK Am yang dilaksanakan di Melaka pada 31 Mei 2023. Mesyuarat MBK Am ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) manakala Pihak Pekerja diketuai oleh Encik Hasmi bin Hamidan, Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am. Mesyuarat ini membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam serta sebarang cadangan perubahan atau inisiatif inovasi dan produktiviti dalam meningkatkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam. Sebagai pengisian aktiviti Mesyuarat MBK Am, Lawatan Pendidikan Teknologi Hijau turut diadakan pada 30 Mei 2023 dengan mendapat kerjasama dan taklimat daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Di samping mesyuarat MBK, pelbagai sesi libat urus yang bertujuan memelihara hubungan harmoni majikan-pekerja juga telah diadakan antaranya seperti Wacana Harmoni MBK di Pulau Pinang pada 7 hingga 8 Februari 2023 dan Program Outreach MBK di Putrajaya pada 6 Mac 2023. MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN 01 Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Bagi PekerjaPekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am) pada 31 Mei 2023 Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Bagi PekerjaPekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P) pada 14 Julai 2023 Jabatan Perkhidmatan Awam 098

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy