Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

JPA CAREER OUTREACH PSD CAREER OUTREACH Program ini dianjurkan khusus kepada pelajar tajaan JPA dalam dan luar negara yang akan dan telah bergraduat pada tahun 2020/2021. Program ini diadakan secara bersiri sepanjang tahun bagi memberi pendedahan kepada pelajar terhadap keperluan industri dan obligasi kontrak. Program ini merupakan inisiatif bagi menarik dan mengekalkan bakat terbaik di dalam negara. Tujuan program Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar terutamanya dalam pembangunan kemahiran insaniah (soft skills); Menyediakan platform dalam membantu pelajar mendapatkan peluang pekerjaan; dan Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap industri melalui perluasan jaringan dan hubungan baik. Maklumat lain yang berkaitan JPA Career Outreach telah dilaksanakan sebanyak 15 siri pada tahun 2021 secara dalam talian sepenuhnya melibatkan 12 agensi/syarikat yang akan berkongsi berkenaan keperluan industri dan peluang pekerjaan. Program ini dilaksanakan secara berasingan mengikut padanan bidang pengajian pelajar dan sektor industri yang akan diceburi bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai alam pekerjaan apabila bergraduat kelak. Seramai 3680 orang pelajar telah dilibatkan sepanjang Program JPA Career Outreach ini dilaksanakan. Antara agensi/syarikat yang terlibat dalam program ini ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Bank Negara Malaysia (BNM), Exxon Mobil dan Shopee. The programme was organised for PSD-sponsored students in and outside the country who graduated or will graduated in 2020/2021. The programme is held in series throughout the year to expose students to industry requirements and contractual obligations. The programme is an initiative to attract and retain the best talents in the country. Purposes of the programme enhance students’ skills and knowledge, especially in the development of soft skills; provide a platform for students to obtain employment opportunities; and expose students to the industry through network expansion and good relationships. Other relevant information PSD Career Outreach was conducted for a total of 15 series in 2021 online, which involved the participation of 12 agencies/companies that shared industry needs and job opportunities. The programme was conducted separately according to the students’ field of study and the industrial sector they would be involved in to give a clearer picture of the working world when they graduate. A total of 3680 students were involved in the PSD Career Outreach Programme. The agencies/companies involved in the programme are the Public Service Commission (SPA), Bank Negara Malaysia (BNM), Exxon Mobil, and Shopee. (96)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy