Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

PENAWARAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI 2021 THE YANG DI-PERTUAN AGONG SCHOLARSHIP SESSION 2021 Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) telah mula diperkenalkan pada tahun 2006. Biasiswa ini diperkenalkan bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang calon, di samping memberi peluang untuk mereka melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan Ph.D) di dalam dan di luar negara. Sebanyak 15 sesi penawaran telah dilaksanakan dengan menaja seramai 165 orang pelajar iaitu 82 orang pelajar di peringkat Ph.D dan 83 orang pelajar di peringkat Sarjana. Bidang pengajian pula meliputi empat (4) bidang utama iaitu Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Bagi sesi pengajian 2021, temuduga telah dijalankan secara dalam talian pada 24 dan 25 Mei 2021 melibatkan 50 calon. Daripada jumlah tersebut, hanya 17 calon telah diperakukan oleh panel dan seramai 10 orang calon akhir telah ditawarkan biasiswa ini iaitu empat (4) orang bagi peringkat Ph.D dan enam (6) orang bagi peringkat Sarjana. Majlis penyampaian biasiswa ini tidak dilaksanakan sepertimana tahun-tahun sebelum berikutan kekangan masa dan logistik berikutan pandemik COVID-19. The Yang di-Pertuan Agong Scholarship Programme (BYDPA) was first introduced in 2006. This scholarship was introduced to recognize the extraordinary abilities of a candidate, in addition to giving them the opportunity to pursue postgraduate studies (Masters and Ph.D) in and overseas. A total of 15 offering sessions were carried out by sponsoring a total of 165 students, namely 82 students at the Ph.D level and 83 students at the Master’s level. The field of study covers four (4) main fields namely Science & Technology, Economics, Law and Islamic Finance. For the 2021 study session, interviews were conducted online on 24 and 25 May 2021 involving 50 candidates. Out of that number, only 17 candidates were certified by the panel and a total of 10 final candidates were offered this scholarship, namely four (4) people for the Ph.D level and six (6) people for the Master’s level. This scholarship presentation ceremony was not held as in previous years due to time and logistical constraints following the COVID-19 pandemic. (94) Penawaran Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi 2021 The Yang di-Pertuan Agong Scholarship Session 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy