PEMBAHARUAN SISTEM PENERIMA TAJAAN - MYSELF (MODUL PERMOHONAN PERLANJUTAN PENGAJIAN, PENANGGUHAN PENGAJIAN DAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN SCHOLARSHIP RENEWAL RECIPIENT SYSTEM - MYSELF EXTENSION AND DEFERMENT OF STUDY AND REPORTING OF COMPLETION OF STUDY APPLICATION MODULE MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah Single Sign-On. Terdapat 5 (lima) modul utama di dalam sistem MySELF iaitu Modul Utama, Modul Peribadi, Modul Pengajian, Modul Bayaran, dan Modul Bayaran Balik. Sistem MySELF ini mula dibangunkan pada tahun 2019 oleh tenaga pakar dalaman Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) dan tanpa melibatkan sebarang kos pembangunan sistem. Sistem MySELF telah digunakan sepenuhnya pada tahun 2020. Penambahbaikan Modul Pengajian yang telah dilakukan sepanjang tahun 2020 dan 2021 telah membolehkan pelajar dan pegawai tajaan membuat permohonan pelanjutan dan penangguhan pengajian secara atas talian. Modul ini juga telah memberi manfaat kepada pegawai yang telah menamatkan pengajian untuk melapor diri secara atas talian setelah sistem READY (Reporting for Active Duty) ditambah ke dalam Modul Pengajian sistem MySELF. Sistem READY ini telah memudahkan BMI, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Perkhidmatan mengurus dan mempercepatkan proses lapor diri dan penempatan Pegawai-Pegawai Dalam Perkhidmatan yang telah tamat tempoh penajaan / Cuti Belajar. Sistem READY ini juga telah memenangi tempat kedua di dalam Pertandingan Anugerah Inovasi JPA Tahun 2021. MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) is an online application specially provided for Public Service Department (PSD) sponsored students and officers to update and manage their sponsorship information on a self-service basis using a Single Sign-On method. There are 5 (five) main modules in the MySELF system: Main Module, Personal Module, Study Module, Payment Module, and Repayment Module. The MySELF system was first developed in 2019 by internal experts from the Human Capital Development Division (BMI) without any system development costs. The MySELF system was fully implemented in 2020. Improvements made to the Study Module in 2020 and 2021 have enabled sponsored students and officers to apply online for extension and deferment of studies. The module has also benefited officers who have completed their studies to report themselves online after the READY (Reporting for Active Duty) system was added to the Study Module in the MySELF system. The READY system has made it easier for BMI, the Management Service Division, and the Service Division to manage and expedite the self-reporting process and placement of In-Service Officers whose sponsorship / Study Leave period has expired. The READY system also won second place in the 2021 PSD Innovation Award Competition. (93) Portal MySELF MySELF Portal
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy