Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (BMI) Human Capital Development Division Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pemurnian dokumen perjanjian secara digital yang dikenali sebagai ePROMISE. Objektif utama pembangunan ePROMISE adalah untuk menyediakan platform digital bagi penerima tajaan, penjamin dan Pegawai Kerajaan menandatangani dokumen perjanjian JPA secara dalam talian. Proses pemurnian dokumen perjanjian sebelum ini telah dilaksanakan secara fizikal bermula tahun 2015 yang dikenali sebagai Program Pemurnian Dokumen Perjanjian dan Slip Pengesahan (PROMISE) melibatkan mobilisasi sebahagian besar pegawai BMI yang akan turun padang ke pusat-pusat serahan PROMISE di seluruh negara bagi menyemak, memurnikan seterusnya menyerahkan dokumen perjanjian yang lengkap kepada pelajar serta menyimpan dokumen perjanjian. Berdasarkan keadaan dan keperluan semasa, BMI telah menyahut seruan untuk melaksanakan dokumen perjanjian secara digital sepenuhnya berdasarkan justifikasi-justifikasi berikut: YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia (PM) ke-8 menerusi ucapan beliau semasa Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 05 Jun 2020 telah menyeru agar lebih banyak agensi Kerajaan dan Kementerian merancakkan usaha digitalisasi dan automasi dalam urusan-urusan Kerajaan. Selaras dengan dunia ke arah Internet of Thing (IoT) kini, pelaksanaan perjanjian secara digital dilihat dapat memenuhi keperluan pengurusan dokumen perjanjian dengan lebih berkesan. Peningkatan bilangan penajaan setiap tahun, pengurusan dokumen perjanjian secara manual tidak lagi relevan pada masa kini. Pelaksanaan secara digital sekaligus dapat menjimatkan ruang penyimpanan yang sangat terhad. The Human Capital Development Division (BMI) has taken the initiative to implement the refining of a digital agreement known as ePROMISE. The main objective of ePROMISE development is to provide a digital platform for sponsors, guarantors, and government officials to sign PSD agreements online. The refining of the agreement documents process was previously carried out physically starting in 2015, known as the Refining Programme for Agreement Documents and Confirmation Slips (PROMISE), involving the mobilisation of a large number of BMI officers who will go to PROMISE submission centres throughout the country to check, refine and further hand over the complete agreement document to the student and keep the agreement document. Based on the current situation and needs, BMI has agreed to implement an entirely digital agreement document based on the following justifications: YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, the 8th Prime Minister of Malaysia (PM), in his speech in the National Economic Recovery Plan (PENJANA) on 5 June 2020, urged for more Government agencies and Ministries to step up digitalisation efforts and automation in Government affairs. In line with the current movement towards the Internet of Things (IoT), implementing digital agreements is viewed as effective management of agreement documents. Manual management of agreement documents is no longer relevant nowadays with the increased number of sponsorships yearly. The digital implementation also helps save limited storage space. SISTEM TANDATANGAN DIGITAL ePROMISE ePROMISE DIGITAL SIGNATURE SYSTEM (88)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy