PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM FOREWARD FROM THE DIRECTOR GENERAL OF PUBLIC SERVICE Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penjawat awam atas segala usaha serta komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2021 walaupun kita masih lagi berhadapan dengan penularan wabak COVID-19. Saya amat berbangga dengan semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara meskipun kita berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka ini. I would like to take this opportunity to express my sincere appreciation to all public servants for their efforts and commitments throughout the year 2021 even though we are still dealing with the spread of the COVID-19. I am very proud of the enthusiasm and efforts shown by all parties in providing the best service to the people and the country even though we are faced with this unexpected situation. Perkhidmatan awam adalah tunjang kestabilan negara. Saya ingin menyeru kepada semua warga Perkhidmatan Awam terutamanya warga JPA agar sentiasa menerapkan aspek integriti, kepantasan dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan terbaik kepada semua pihak yang memerlukan. Public service is the backbone of the country’s stability. I would like to call on all members of the public service, especially from the PSD, to always instill the element of integrity, speed and professionalism in carrying out the responsibilities that have been entrusted for the best service can be provided to all parties in need. Saya berharap agar visi dan misi JPA dapat dicapai dengan komitmen dan kerjasama yang konsisten daripada seluruh pihak secara berterusan. Diharapkan kehadiran tahun 2022 ini dapat memberi aspirasi kepada warga JPA untuk terus berusaha ke arah pencapaian yang lebih gemilang. I hope that PSD’s vision and mission can be achieved with consistent commitment and cooperation from all parties continuously. It is hoped that the year 2022 will inspire PSD and its community to keep on working hard in order to achieve glorious accomplishments. Alhamdulillah, segala puji kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya, Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) Tahun 2021 dapat diterbitkan dengan jayanya. Alhamdulillah, all praise be to Allah SWT because with His permission and abundant grace, the Annual Report of the Public Service Department (PSD) Year 2021 can be published successfully. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera (06)
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy