Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

PENGOPTIMUMAN PERKHIDMATAN AWAM MELALUI NISBAH PERJAWATAN KEPADA PENDUDUK OPTIMISING PUBLIC SERVICES THROUGH EMPLOYMENT TO POPULATION RATIO Berdasarkan pencapaian nisbah penjawat awam (pengisian) dengan jumlah populasi negara, sasaran pencapaian nisbah penjawat awam kepada penduduk yang ditetap dibawah RMKe11 (2016 – 2020) adalah sekurang-kurangnya 1:20. Sehingga September 2021, pencapaian nisbah saiz perkhidmatan awam kepada penduduk adalah 1:19.07. Pelantikan Anggota Perubatan Dan Kesihatan Secara Kontrak Di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bagi Menangani Penularan Wabak COVID-19 Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) mulai 28 Mac 2020 sehingga 31 Mei 2021 telah meluluskan pelantikan sebanyak 18,217 secara kumulatif anggota perubatan dan kesihatan secara kontrak bagi membantu menangani wabak COVID-19 di Malaysia. Kelulusan pelantikan ini adalah bagi membantu petugas kesihatan sedia ada di fasiliti-fasiliti kesihatan yang terlibat dalam pengurusan pandemik COVID-19. Tugas yang dilaksanakan tidak hanya terhad kepada rawatan pesakit COVID-19 tetapi juga merangkumi pelaksanaan pengurusan risiko, pengesanan kontak rapat dalam komuniti dan membawa individu yang disyaki untuk disaring dan diasingkan ke pusat-pusat kuarantin seluruh negara. Pelantikan ini juga dibuat bagi memastikan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dapat digerakkan dengan lancar dan berkesan mengikut fasa pelaksanaan di seluruh negara. Based on the ratio of civil servants (filled) to the total population of the country, the target achievement of the ratio of civil servants to the population set under the 11th National Budget (2016 – 2020) is at least 1:20. As of September 2021, the ratio of the size of the public service to the population is 1:19.07. Appointment of Contract Medical and Health Personnel in the Ministry of Health Malaysia (KKM) to Deal with the Transmission of the COVID-19 Epidemic From 28 March 2020 until 31 May 2021, the Public Service Department (PSD) approved the appointment of a cumulative total of 18,217 contract medical and health personnel to help deal with the COVID-19 outbreak in Malaysia. These appointments were approved to assist existing health workers at health facilities managing the COVID-19 pandemic. The tasks performed were not limited to treating COVID-19 patients but also included implementing risk management, tracing close contacts in the community, and taking suspected individuals to be screened and isolated at quarantine centres throughout the country. The appointments were also made to ensure the smooth and effective implementation of the National COVID-19 Immunisation Programme (PICK) according to the implementation phases throughout the country. BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (BPO) Organizational Development Division (74)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy