Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

During the session, the DOF explained the duties of the divers to department representatives. Among the tasks carried out are the preservation and conservation of marine ecosystems such as: installing and monitoring structures in the sea such as artificial buoys, marker buoys, and ship moorings; monitoring coral reef restoration and health, habitat degradation/coral degradation, etc.; cleaning and monitoring the cleanliness of seabeds in Malaysian Sea Parks; carrying out seabed surveys for placement of artificial reefs sites, the proposed site for the construction of a new jetty, the site for a suitable route for the barge route in the waters of the Malaysian Marine Park; hull cleaning and ship foundation repair work; and diving for scientific research purposes. The DOF also conducted diving demonstrations on tasks related to buoy installation for boats and the coral restoration process. The Public Service Department also had the opportunity to participate in diving activities to witness the coral restoration process. Sepanjang sesi tersebut, pihak DOF telah memberi penerangan mengenai tugas-tugas penyelam kepada wakil-wakil jabatan. Antara tugas-tugas yang dijalankan adalah melibatkan tugas pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem laut seperti: Memasang dan memantau binaan di dalam laut seperti tukun tiruan, boya penanda dan penambat kapal; Restorasi dan pemantauan kesihatan terumbu karang, pemantauan habitat terosot/ degradasi karang dan sebagainya; Membersih dan memantau kebersihan dasar laut Taman Laut Malaysia; Melaksanakan survei dasar laut untuk tapak peletakan tukun, tapak cadangan bagi pembinaan jeti baru, tapak untuk laluan yang sesuai bagi laluan tongkang di perairan Taman Laut Malaysia; Membersih badan kapal dan kerja pembaikan asas kapal; dan Menyelam bagi tujuan penyelidikan saintifik. Pihak DOF juga telah menjalankan demonstrasi tugas selaman melibatkan proses pemasangan pelampung untuk bot dan juga proses restorasi karang. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti selaman bagi melihat sendiri proses restorasi karang yang telah dijalankan. Penyelam DOF sedang melaksanakan restorasi/ pembiakan karang DOF divers performing coral restoration/breeding (68)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy