Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA (MyPPSM) HUMAN RESOURCES SERVICE CIRCULAR (MyPPSM) MyPPSM adalah portal baharu yang memberi akses kepada semua peraturan dan dasar di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) dalam bentuk Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE), serta lain-lain dokumen peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia. Ia telah dilancarkan pada 30 September 2021 dan menggantikan portal rujukan pekeliling-pekeliling pengurusan sumber manusia sedia ada iaitu MyPPSPP. Objektif utama pembangunan MyPPSM adalah untuk menyemak semula pekeliling yang telah lapuk atau tidak lagi relevan; dan mengurangkan jumlah pekeliling sedia ada melalui proses penggabungan dan pembatalan. Kelebihan MyPPSM: Pekeliling yang dikeluarkan JPA tidak lagi berdiri sendiri, tetapi disatukan dalam kelompok yang berkaitan; Memudahkan pengguna membuat carian kandungan tanpa perlu merujuk nombor bilangan dan tahun pekeliling diterbitkan; Format flipbook dokumen MyPPSM memudahkan navigasi pengguna; dan Akses kepada maklumat lain yang berkaitan seperti Akta, Perintah Am, Skim Perkhidmatan, dan lain-lain. Ciri-ciri utama MyPPSM: Semua Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PSM) disusun berdasarkan enam (6) Kluster dan 23 Pekeliling Induk. Enam Kluster diperkenalkan mengikut tema-tema utama dasar PSM. Pekeliling Induk pula adalah aktiviti-aktiviti di bawah setiap satu kluster berkenaan. Dalam setiap satu Pekeliling Induk terdapat Ceraian; iaitu dokumen yang menggantikan pekeliling lama. MyPPSM is a new portal that provides access to all regulations and policies under the Public Service Department (PSD) in the form of Service Circulars (PP), Service Circular Letters (SPP) and Circulated Letters (SE), as well as other regulatory documents related to human resource management. It was launched on 30 September 2021 to replace the existing human resource management circular reference portal, MyPPSPP. The main objectives of MyPPSM development are to review outdated or no longer relevant circulars and reduce the number of existing circulars through merging and cancellations. Advantages of MyPPSM: Circulars issued by PSD no longer stand alone but are consolidated in related groups; Make it easier for users to search for content without having to refer to the circular issue number and year published; Flipbook format of MyPPSM facilitates user navigation; and Access to other relevant information such as Acts, General Orders, Service Schemes etc. Main characteristics of MyPPSM: All Human Resources Service Circulars (PSM) are compiled based on six (6) Clusters and 23 Master Circulars. Six Clusters are introduced according to the main themes of PSM policy. The Master Circular refers to the activities under each cluster. Each Master Circular contains a Circular, a document that replaces the old circular. (38)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy