WEBINAR RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS: KE ARAH MEREALISASIKAN RMKE-12 THE 12TH MALAYSIA PLAN WEBINAR : TOWARDS REALIZING THE 12TH MALAYSIA PLAN Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) telah menganjurkan Webinar Rancangan Malaysia Kedua Belas: Ke Arah Merealisasikan RMKe-12 pada 22 November 2021. Webinar ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan telah disertai oleh kira-kira 500 orang peserta melalui aplikasi Zoom dan laman Facebook INTAN. Penganjuran webinar ini bertujuan untuk mempromosikan perancangan pembangunan Kerajaan dalam tempoh RMKe-12 (20212025) kepada semua pihak dalam usaha mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan”. Dalamucapan perasmiannya, YB Dato’Sri Mustapa telah menyentuh mengenai peranan penting perkhidmatan awam untuk melaksanakan RMKe-12 selain cabaran yang dihadapi perkhidmatan awam. Beliau menyeru Perkhidmatan Awam untuk lebih berani membuat pembaharuan bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan. Perbincangan webinar ini berkisar kepada pelaksanaan dasar Kerajaan dan inisiatif sosioekonomi, pembangunan ekonomi dan industri serta pengukuhan taraf hidup dan perpaduan masyarakat. Kesemua topik ini telah dikupas oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi; YBhg. Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria, Profesor Kehormat, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Penganalisis Ekonomi, Bank Islam Malaysia Berhad; dan Encik Firdaos Rosli, Ketua Penganalisis Ekonomi, Malaysian Rating Corporation Berhad. Dalam forum ini, INTAN turut menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat bagi membolehkan lebih ramai lapisan masyarakat mengikuti program ini, termasuk golongan OKU. On 22 November 2021, The National Institute of Public Administration (INTAN), Public Service Department (PSD) organised the Twelfth Malaysia Plan Webinar: Towards Realising the 12MP. The Honourable Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Minister in the Prime Minister’s Department (Economy), officiated the webinar. An estimated 500 participants joined the webinar via the Zoom application and INTAN Facebook page. The webinar aims to promote the Government’s development planning during the 12MP (2021-2025) to all parties to achieve the objective of a “Prosperous, Inclusive, Sustainable Malaysia”. In his opening speech, the Honourable Dato’ Sri Mustapa touched on the important role played by the public service in implementing the 12MP despite its challenges. He urged the public service to be bolder in making reforms to improve service performance. This discussion in the webinar revolved around the implementation of Government policies and socioeconomic initiatives, economic and industrial development, and strengthening living standards and community unity. The topics were analysed by YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali, Executive Director of the Economic Action Council; YBhg. Prof. Datuk Dr Denison Jayasooria, Honourary Professor, Institute of Ethnic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, YBrs. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Chief Economic Analyst, Bank Islam Malaysia Berhad; and Mr Firdaos Rosli, Chief Economic Analyst, Malaysian Rating Corporation Berhad. INTAN also provided sign language interpreting services for this forum to enable more people from all walks of life, including people with disabilities, to participate in this programme. (30)
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy