Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

PERTANDINGAN GEGAR PIDATO PIALA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM 2021 DIRECTOR GENERAL OF PUBLIC SERVICE GEGAR PIDATO CHALLENGE CUP 2021 INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration (INTAN) Pertandingan Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tahun 2021 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) membawa kelainan tersendiri apabila dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Seramai 11 orang pemidato finalis daripada pelbagai agensi dan kementerian telah berentap di pentas akhir pada 19 Ogos 2021 yang lalu dengan tema pertandingan“Belanjawan 2021: Teguh Kita, Menang Bersama” bagi mengangkat usaha-usaha kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi wahana bahasa kebangsaan. Di samping itu, pertandingan ini yang telah memasuki tahun keenam penganjurannya, turut menjadi platform untuk mencungkil bakat penjawat awam yang terbaik dalam gaya, teknik dan ilmu pidato sebagai persediaan untuk ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pertandingan ini turut ditambah nilai dengan penganjuran Sesi Penataran Pidato Perkhidmatan Awam yang dihadiri oleh pesertapeserta yang melepasi peringkat saringan secara penyerahan video bermula 5 Julai 2021. Sesi tersebut bertujuan menyediakan platform kepada penjawat-penjawat awam untuk mempelajari dan berkongsi ilmu berpidato daripada pemidato-pemidato antarabangsa dan kebangsaan yang dilantik sebagai pembimbing dalam sesi kuliah umum, tutorial dan latih amal sebelum melangkah ke pentas akhir pertandingan. The Director General Of Public Service Gegar Pidato Challenge Cup 2021, organised by the National Institute of Public Administration (INTAN), brings its unique twist when it is conducted entirely online. Themed “Belanjawan 2021: Teguh Kita, Menang Bersama” (Budget 2021: With Unity, We Win Together), 11 finalists from various agencies and ministries, using the national language as the medium, performed in the final stage held on 19 August 2021 to highlight the government’s efforts in dealing with the Covid-19 pandemic. The competition, held for the sixth year, is also a platform to unearth talents among civil servants with the best style, technique, and oratory knowledge in preparation for the national and international levels. This competition has its own added value by organising a Public Service Public Speaking Improvement Session attended by contestants who passed the screening stage based on video submission that began on 5 July 2021. The session aimed to provide a platform for civil servants to learn and share knowledge on public speaking from other international and national orators appointed as coaches for the lectures, tutorials, and training sessions before performing in the final stage. (26)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy