KAJIAN EKSPLORATORI PENGURUSAN PETUNJUK-PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATORS) PENJAWAT PENGURUSAN TERTINGGI PERKHIDMATAN AWAM (PPTPA) EXPLORATORY STUDY ON THE MANAGEMENT OF KEY PERFORMANCE INDICATORS OF TOP MANAGEMENT OFFICERS OF THE PUBLIC SERVICE (PPTPA) Kajian Eksploratori Pengurusan KPI (Key Performance Indicators) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) dijalankan dengan berdasarkan kepada dua (2) pemerhatian utama yang menyokong serta membolehkan kajian ini dilaksanakan. Pertama, pelaksanaan KPI PPTPA dirasakan berkemungkinan kurang mencapai matlamatnya. Pernyataan ini disokong dari segi pelaksanaan mid term review yang melangkaui tempoh yang ditetapkan. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan perancangan serta kelancaran pelaksanaan KPI di agensi. Keduanya, adalah cabaran Jawatankuasa Semakan untuk menyeimbangkan KPI yang dicadangkan agensi dari segi idealistik dan boleh dicapai. KPI yang dicadang lebih berdasarkan keperluan dan kehendak agensi. Oleh yang demikian, KPI sewajarnya berupaya memantau serta menjadi petunjuk utama kepada prestasi organisasi. Berdasarkan kedua-dua pemerhatian yang dinyatakan, Kajian Impak KPI adalah lebih sesuai serta wajar dilaksanakan. Namun yang demikian, Kajian Eksploratori Pengurusan KPI PPTPA ini adalah merupakan asas kepada pelaksanaan Kajian Impak KPI di masa hadapan. Pengumpulan data melalui sesi temu bual telah dilaksanakan bermula 6 Julai 2021 sehingga 13 Ogos 2021 yang melibatkan seramai 14 orang responden. Pemilihan responden adalah terdiri terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat dalam pengurusan KPI di agensi. Berdasarkan Graf 1, responden merangkumi urus setia KPI di JPA dan urus setia/penyelaras KPI di agensi. Pemilihan responden juga mewakili empat (4) Kluster utama iaitu Kluster Perdana Menteri, Ekonomi, Infrastruktur, Keselamatan dan Sosial. Selain berdasarkan Kluster, dua (2) orang responden yang mewakili Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri juga turut dipilih dalam kajian ini. Pemilihan responden yang mewakili Kluster dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri diharapkan dapat memberikan gambaran secara umum mengenai pengurusan KPI PPTPA di agensi. Carta 1 menunjukkan bilangan responden yang ditemu bual mengikut Gred. Majoriti penyelaras atau ketua unit KPI di agensi adalah pada Gred 48 atau 52. Pada gred tersebut, pandangan yang dikemukakan responden adalah sangat bernilai serta memberikan input yang berkualiti kepada kajian. Berdasarkan analisis, kesemua responden telah menyatakan bahawa pengurusan KPI telah dilaksana dengan teratur serta memenuhi objektif pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang yang boleh ditambahbaik. An Exploratory Study on the KPI Management (Key Performance Indicators) of Public Service Top Management Officers (PPTPA) was conducted based on two (2) main observations that support and enable the study to be carried out. First, the assumption that the implementation of the PPTPA KPI is less likely to achieve its goals. This is supported by the late implementation of the mid-term review. This situation has affected the planning and smooth implementation of KPIs in the agency. Second, the challenge faced by the Review Committee is to balance the KPIs proposed by the agency in terms of their ideality and achievability. The proposed KPIs prioritised the needs and wants of the agency. Therefore, KPIs should be able to monitor and be the main indicators of organisational performance. Based on the two observations mentioned, it is more appropriate to conduct a KPI Impact Study. Nevertheless, this PPTPA KPI Management Exploratory Study can be the basis for implementing the KPI Impact Study in the future. Data collection was conducted through interviews from 6 July 2021 until 13 August 2021 involving 14 respondents. The selection of respondents consists of the Management and Professionals Group involved in KPI management at the agency. The respondents were PSD KPI secretariats and agency KPI secretariats/ coordinators. The selected respondents represented the four (4) main Clusters: the Prime Minister’s Cluster, Economic, Infrastructure, Security, and Social. In addition to being based on these Clusters, two (2) respondents representing the State Secretary Administration were also selected in this study. The selection of respondents to represent the Clusters and State Secretary Administration is expected to provide a general overview of PPTPA KPI management in the agency. The number of respondents interviewed according to Grade. Most of the coordinators or heads of KPI units at the agencies were at Grade 48 or 52. Views presented by respondents at these grades are valuable and considered quality input to the study. Based on the analysis, all respondents claimed that KPI management was implemented orderly and met the implementation objectives. However, there is still room for improvement. (146)
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy