Penggunaan Teknologi Digital Dalam Pengendalian Dan Pengurusan Kursus Penggunaan teknologi digital dalam pengurusan dan pengendalian setiap program latihan di INTAN menjadi satu kewajipan dan bukan alternatif. Teknologi membuka ruangan yang luas untuk INTAN menyebarluas perkhidmatan dan produknya tanpa batas yang dikongkong dalam keadaan yang fizikal. Melalui pelbagai platfom media sosial maka kursus, seminar, persidangan, kursus penilaian, bengkel dan hampir semua program latihan yang ditawarkan di INTAN telah mula disampaikan menggunakan teknologi digital yang sedia ada. Kebergantungan kepada EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) telah mula berkurangan dengan wujudnya pelbagai pilihan lain yang tersedia ada kini. Ini membuka peluang untuk merekayasa dan menaikkan taraf platform EPSA untuk menampungi satu sistem pembelajaran digital dan secara maya yang lebih kolaboratif dan dinamik dengan menyediakan pilihan video conferencing, ABM Digital serta perkongsian bahan kursus yang menyeluruh. Akses, kestabilan dan kelajuan internet mempunyai implikasi terhadap keberkesanan bukan sahaja dalam pengendalian sesi secara maya malah dalam sesi bersemuka. Pengajaran dan pembelajaran dewasa kini banyak bergantung kepada pencarian maklumat secara “real time” dan juga penggunaan perisian online seperti Mentimeter, Padlet, Google Classroom, Kahoot, Jamboard dan sebagainya sebagai alat bantuan pembelajaran dan pengajaran. Dalam memastikan penggunaan teknologi digital ini dimanfaatkan sepenuhnya, ketersediaan peranti dan peralatan digital juga amat signifikan. Didapati, INTAN harus melabur dengan lebih intensif dalam peralatan, peranti, perisian dan melengkapkan diri untuk berfungsi sebagai satu Digital Learning Institute. Meningkat dan Mempelbagai Promosi Kursus Promosi dan pemasaran kursus INTAN harus lebih agresif melalui media sosial dan juga sesi-sesi engagement bersama organisasi. Buat masa ini, kebergantungan tinggi kepada emel dan hebahan Postmaster perlu dikurangkan. Promosi yang bersasar serta juga penggunaan platfom media sosial dengan mengadakan webinar promosi yang menerangkan kepentingan dan faedah sesuatu kursus dan program latihan juga merupakan diantara strategi promosi yang harus diterokai dan dimanfaatkan. The Use Of Digital Technology In The Operation And Management Of Courses The use of digital technology in the management and operation of each training programme at INTAN has become an obligation and no longer an alternative. Technology opens opportunities for INTAN to broaden its services and products without being confined by physical limitations. Through various social media platforms, courses, seminars, conferences, assessment courses, and workshops, almost all training programmes offered at INTAN have started to be delivered using the existing digital technology. Dependence on EPSA (Public Sector E-Learning) has decreased with the introduction of other options. This provides an opportunity to engineer and upgrade EPSA to support a more collaborative and dynamic digital and virtual learning system through options such as video conferencing, Digital ABM, and comprehensive sharing of course materials. Internet access, stability, and speed impact the effectiveness of both virtual and face-to-face sessions. Adult teaching and learning depend a lot on real-time information search and the use of online software such as Mentimeter, Padlet, Google Classroom, Kahoot, Jamboard etc., as learning and teaching aids. In ensuring the use of digital technology is fully utilised, the availability of these digital devices and equipment is also crucial. It is suggested that INTAN invest more intensively in equipment, devices, and software and equip itself to function as a Digital Learning Institute. Increase and Diversify Course Promotions Promotion and marketing of INTAN courses should be more aggressive through social media and engagement sessions with organisations. Currently, high reliance is seen on email and Postmaster announcements, which needs to be reduced. Targeted promotions and the use of social media platforms to hold promotional webinars that explain the importance and benefits of a course and training programmes are also among the promotional strategies that should be explored and utilised. (142)
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy