Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

Curated Course Content It is important to design and organise course content that meets the target group’s specific needs based on their experience, tasks, and responsibilities. The teaching force and the course curriculum need to be dynamic to focus and provide curated content and practical examples in public service scenarios or ‘tailor-made’ to address the actual conditions. Participants claimed that the existing course content focused more on theory and lacked examples that reflect real situations. Due to this, INTAN needs to increase the use of case studies and research on the current situation in the public service as teaching materials. In addition, it is recommended to organise more general, operational, and introductory courses at regional campuses that meet the needs of the implementor group. Meanwhile, courses offered at INTAN Bukit Kiara for the middle and upper management groups should focus on the inculcation of cognitive abilities such as problem-solving, decision-making, creative and innovative solutions, and making assessments and strategic planning. The development of courses should be emphasised in the formation of course objectives. Several courses need to be amended to meet organisational needs that contain more specific course content using cases, scenarios, and examples relevant to the organisation. Skills and Expertise of Instructors It was also found that the skills and expertise of instructors in handling and delivering training sessions play a vital role in determining the satisfaction of participants who attend courses at INTAN. The role of INTAN instructors has become more challenging now as they need to equip themselves with knowledge and skills in the field they teach and have the expertise to conduct training sessions virtually. They must also be tech-savvy, improve their ability to use various facilitation methodologies and teaching aids (platforms and devices), and design effective virtual sessions. Kandungan Kursus Dikurasi Kepentingan mereka bentuk dan menyusun kandungan kursus bertepatan dengan keperluan spesifik kumpulan sasaran berdasarkan pengalaman, tugas dan tanggungjawab adalah penting. Tenaga pengajar dan kurikulum kursus perlu dinamik untuk memberi tumpuan dan menyediakan kandungan serta contohcontoh praktikal dalam senario perkhidmatan awam yang dikurasi atau “tailor-made” mengikut keadaan sebenar. Peserta berpendapat bahawa kandungan kursus sedia adamemberi tumpuan lebih kepada teori dan kurang contoh-contoh berdasarkan keadaan sebenar. Bagi tujuan ini, INTAN perlu menambahkan penggunaan kajian kes, kaselet dan juga penyelidikan mengenai keadaan semasa dalam perkhidmatan awam untuk digunakan sebagai bahan pengajaran. Selain itu, adalah disyorkan juga untuk menganjurkan kursus yang berbentuk lebih umum, operasional dan asas ditawarkan di kampus-kampus wilayah yang lebih sesuai untuk kumpulan pegawai pelaksana. Manakala, kursus-kursus untuk kumpulan pegawai pengurusan tengah dan atas lebih menumpu kepada menerapkan kebolehan kognitif seperti penyelesaian masalah, membuat keputusan, mengenal pasti solusi yang kreatif dan inovatif serta membuat penilaian dan perancangan strategik ditawarkan di INTAN Bukit Kiara. Pembentukan objektif kursus yang menekankan pembangunan. Kursus-kursus juga perlu diubah suai untuk menepati keperluan sesuatu organisasi berdasarkan kandungan kursus yang lebih spesifik dan menggunakan kes, senario dan contoh-contoh yang lebih relevan pada organisasi tersebut. Kemahiran dan Kepakaran Tenaga Pengajar Didapati juga kemahiran dan kepakaran tenaga pengajar dalam mengendali dan menyampaikan sesi latihan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kepuasan peserta yang menghadiri kursus di INTAN. Peranan tenaga pengajar INTAN kini lebih mencabar kerana mereka perlu melengkapi diri dengan bukan hanya pengetahuan dan kemahiran tentang bidang yang diajar malah mereka perlu berkepakaran dalam mengendalikan sesi latihan secara maya. Mereka juga perlu tech-savvy dan perlu meningkatkan kebolehan dalam penggunaan pelbagai metodologi fasilitasi, alat bantuan mengajar (platfom serta peranti) dan juga mereka bentuk sesi yang berkesan secara maya. (141)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy