Cabaran paling utama sekali adalah faktor halangan teknologi yang berubah pantas sehingga membuatkan warga emas menghadapi tekanan untuk menggunakannya. Halangan ini adalah disebabkan oleh faktor usia, kurang pendedahan kepada teknologi, kos yang terlibat di dalam menggunakan teknologi selain masalah kesihatan. Dengan pertambahan usia, warga emas juga akan menghadapi masalah koordinasi motor atau psikomotor. Penglihatan yang mula kabur memerlukan tulisan yang berukuran besar di paparan skrin komputer. Bagaimanapun dengan kehadiran perkhidmatan e-Kerajaan tanpa perlu pergi ke premis kerajaan, ianya telah dapat mengurangkan mobiliti warga emas. Kesesuaian Bahasa Bahasa perantaraan juga dilihat menjadi penghalang kepada penggunaan perkhidmatan e-Kerajaan oleh warga emas. Sebanyak 58.82% responden menyokong sekiranya sistem perkhidmatan e-Kerajaan disediakan dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, sebanyak 36.97% responden pula bersetuju sistem perkhidmatan e-Kerajaan menggunakan Bahasa Melayu sahaja manakala 4.20% memilih menggunakan Bahasa Inggeris sahaja. Memandangkan rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, faktor bahasa juga menjadi punca mengapa penggunaan perkhidmatan e-Kerajaan adalah terhad. The main challenge is the rapid change in technology that creates pressure on the elderly. This is caused by several factors: age, lack of exposure to technology, the cost involved in using the technology, and health problems. Due to ageing, the elderly also experience difficulty with motor or psychomotor coordination. Blurry vision also means they require large text on the computer screen. However, the introduction of e-Government services which no longer require their presence at government premises has reduced the mobility of the elderly. Appropriateness of Language Medium The language medium is also seen as a barrier to the use of e-Government services by the elderly. A total of 58.82% of the respondents claimed that they would support the e-Government service system if it is bilingual, i.e., Malay and English. 36.97% of the respondents preferred using the Malay language for the e-Government service system, while 4.20% preferred using the English language only. Language is also a factor in the limited use of e-Government services, as Malaysians are comprised of various ethnicities with diverse languages. (136) Cabaran Penggunaan Perkhidmatan e-Kerajaan Challenges in Using e-Government Services
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy