KAJIAN PENGARUH MEDIA SOSIAL DI KALANGAN PENJAWAT AWAM DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB HARIAN: SATU TINJAUAN DI PUSAT KERAJAAN TEMPATAN, SELANGOR DARUL EHSAN. DR. G. PERIASAMY; PN. ISWALAH BINTI ARSHAD, FELO-FELO PENYELIDIK KANAN INTAN A STUDY OF THE INFLUENCE OF SOCIAL MEDIA AMONG CIVIL SERVANTS IN CARRYING OUT DAILY RESPONSIBILITIES: A SURVEY AT THE LOCAL GOVERNMENT CENTER, SELANGOR DARUL EHSAN. DR. G. PERIASAMY; MRS. ISWALAH BINTI ARSHAD, INTAN SENIOR RESEARCH FELLOWS Perubahan dunia masa kini menyebabkan penyampaian maklumat menjadi semakin pantas. Teknologi dan maklumat menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Teknologi yang berkembang dengan pesat membolehkan manusia dari seluruh dunia berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan cepat dan di mana sahaja. Hal ini menyebabkan golongan masyarakat pada hari ini lebih banyak menggunakan teknologi bagi memudahkan komunikasi seharian. Dalam dunia yang penuh cabaran sekarang yang ditermakan sebagai VUCA iaitu keadaan Volatility, Uncertainty, Complexity, dan Ambiguity yang memerlukan pengadaptasian yang pantas dengan persekitaran yang senang berubah dalam skala besar, penjawat awam hendaklah bersedia menghadapi pelbagai cabaran dalam pelaksanaan tugas hariannya dengan berkesan. Khususnya pandemik COVID-19 telah memberi pelbagai tekanan, cabaran dan mewujudkan norma baharu dalam pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan. Seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi, penggunaan telefon pintar dan komputer riba bagi melayari internet sudah seakan menjadi suatu kemestian. Pesatnya perkembangan media sosial telah membolehkan rakyat daripada pelbagai golongan untuk mampu memiliki gajet bagi melayari media sosial untuk berhubung dengan mudah. Penggunaan applikasi internet dan laman web jaringan sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook, YouTube, blog dan lain-lain lagi telah mewujudkan suatu fenomena yang luar biasa terhadap masyarakat di seluruh dunia. Ledakan teknologi moden telah memberi impak yang amat besar terhadap persekitaran masa kini. Dalam era Revolusi Industri 4.0, teknologi maklumat dan komunikasi berperanan penting kepada inovasi dan kemajuan sesebuah organisasi. Tidak ketinggalan juga dalam sektor awam yang mana permintaan terhadap penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan mengikut arus teknologi terkini memberi tekanan kepada sektor awam dalam usaha menambah baik tadbir urus semasa. Sehubungan dengan itu, persoalan utama kajian ini tertumpu kepada menganalisa setakat mana penggunaan media sosial memberikan dalam pelaksanaan tugas harian di pejabat. Adakah ia memberi kesan sampingan negatif atau pun positif. Kajian ini telah dijalankan daripada bulan Januari hingga Oktober 2021 dan memilih Kerajaan Tempatan di Selangor untuk skop kajian dan menilai setakat mana badan-badan kerajaan ini berfungsi dengan menggunakan media sosial. Kajian ini yang dijalankan melalui kaedah kuantitif, hasilnya mendapati bahawa terdapat kesan positif dalam penggunaan media sosial di kalangan penjawat awam yang berkhidmat di Kerajaan Tempatan Negeri Selangor. Changes in today’s world result in rapid information transfer. Technology and information have eliminated boundaries between countries. The rapid development of technology allows people from all over the world to connect and communicate with each other quickly anywhere. As a result, today’s society has become more dependent on technology to facilitate daily communication. In today’s challenging world, a state of Volatility, Uncertainty, Complexity, and Ambiguity (VUCA) requires rapid adaptation to a quickly changing environment on a large scale; civil servants must be prepared to face various challenges to perform their daily duties effectively. In particular, the COVID-19 pandemic has brought different pressures, challenges, and the creation of new norms in the implementation and delivery of services. Along with the development of communication technology, using smartphones and laptops to browse the Internet has become necessary. The rapid growth of social media has enabled people from various groups to own gadgets to surf social media and communicate efficiently. Using internet applications and social networking websites such as Instagram, Twitter, Facebook, YouTube, blogs, and others has created an extraordinary phenomenon for the world community. The explosion of modern technology has significantly impacted today’s environment. In the Industrial Revolution 4.0 era, information and communication technology played an important role in the innovation and progress of an organisation. A similar scenario is also seen in the public sector as demands for better service delivery and up-to-date technology pressure the public sector to improve current governance. Hence, the main research question of this study focused on analysing the extent to which social media influences the implementation of daily responsibilities at work and the effect it has, whether negative or positive. The study was conducted from January to October 2021. The scope of the study was limited to selected Local Governments in Selangor to evaluate the extent to which these government bodies function with the use of social media. The study applied the quantitative method, and the results showed a positive effect on the use of social media among civil servants serving in the Selangor State Government. (131)
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy