Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PENGURUS SUMBER MANUSIA NEGERI SEMBILAN DI WISMA NEGERI, SEREMBAN DIRECTOR GENERAL OF PUBLIC SERVICE SESSION WITH NEGERI SEMBILAN HUMAN RESOURCE MANAGER AT WISMA NEGERI, SEREMBAN Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA dengan kerjasama strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP telah menganjurkan Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama-sama Pengurus Sumber Manusia Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan pada 25 November 2021. Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua Ketua Jabatan dan Pengurus Sumber Manusia yang terdiri dari Jabatan Negeri, Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Badan Berkanun. Lebih 300 orang telah hadir sama ada secara fizikal mahupun secara atas talian. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh YB. Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan disusuli dengan ucapan amanat yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). KPPA dalam amanatnya menasihati pengurus sumber manusia supaya sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik, menguruskan rekod perkhidmatan anggota dengan amanah dan membudayakan gerak kerja yang berteraskan kepada konsep Speed, Integrity dan Professional. KPPA berkesempatan meluangkan masa melawat Kaunter MyPesara yang dikelolakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan beramah mesra dengan para petugas kaunter. Seramai 6 orang petugas telah menerima sijil penghargaan dari KPPA dan cenderamata penghargaan dari YBrs. Puan Nik Amilzan binti Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP. PSD’s Post-Service Division, with the strategic cooperation of the Negeri Sembilan Government Secretary’s Office and the KWAP Retirement Fund (Incorporated), has organised a session for the Director General of Public Services together with the Negeri Sembilan Human Resources Manager at Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan on 25 November 2021. Also attended were all Department Heads and Human Resource Managers consisting of State, Federal, Local Authorities and Statutory Bodies. More than 300 people participated in the ceremony, either physically or online. The ceremony started with a welcome speech delivered by YB. Dato’ Dr Razali bin Ab Malik, The State Secretary of Negeri Sembilan, followed by a message delivered by YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abdul Rahman, Director General of Public Services (DGPS). DGPS, in its speech, advises human resource managers to always provide the best service, manage service records with trust and cultivate a work ethic based on the concept of Speed, Integrity and Professionalism. DGPS had the opportunity to visit the MyPesara Counter, managed by the Human Resource Management Division, Negeri Sembilan State Secretary’s Office and interact with the staff counter. A total of 6 officers received certificates of appreciation from DGPS and souvenirs from YBrs. Puan Nik Amilzan binti Mohamad, Chief Executive Officer of KWAP. (117) Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama-Sama Pengurus Sumber Manusia Negeri Sembilan Di Wisma Negeri, Seremban - 25 November 2021 The Director-General Of Public Services Session With Managers Of Negeri Sembilan Human Resources At Wisma Negeri, Seremban - November 25, 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy