Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

PROGRAM STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) PROGRAM KERJASAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) DAN BEIJING JIAOTONG UNIVERSITY (BJTU) (UMP-BJTU) TAHUN 2021 STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) PROGRAMME, A COLLABORATION PROGRAMME BETWEEN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) AND BEIJING JIAOTONG UNIVERSITY (BJTU) (UMP-BJTU) 2021 Program Penajaan JPA Ijazah Dalam Negara (PIDN) – Program Kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Beijing Jiaotong University (BJTU) (UMP-BJTU) merupakan program rintis dual ijazah bagi kerjasama di antara UMP dan BJTU dan merupakan program baharu yang diperkenalkan pada tahun 2021 di bawah PIDN. SAC bagi Program UMP-BJTU telah diadakan pada 8 hingga 9 April 2021 bertempat di Sri Manja Boutique Hotel Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Seramai 78 pelajar telah hadir SAC daripada keseluruhan 121 pelajar yang layak. Objektif Program Menjalankan saringan dan tapisan pemilihan bagi memastikan pelajar yang terpilih benar-benar berminat dengan program ini dan ingin menyambung/ mengikuti pengajian ke luar negara. Maklumat lain yang berkaitan Selain daripada penilaian melalui Ujian Psikometrik, saringan dan tapisan pemilihan yang menyeluruh turut melibatkan sahsiah pelajar bagi memastikan pemilihan dan pengambilan pelajar dibuat dengan komprehensif. PSD Domestic Degree Sponsorship Programme (PIDN) - University Malaysia Pahang (UMP) and Beijing Jiaotong University (BJTU) Cooperation Programme (UMP-BJTU) is a dual degree pilot programme for the collaboration between UMP and BJTU. It is a new programme introduced in 2021 under PIDN. SAC for the UMP-BJTU Programme was held from 8 to 9 April 2021 at Sri Manja Boutique Hotel Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Of 121 eligible students, 78 attended the SAC. Programme Objectives To conduct screening and selection to ensure selected students are strongly interested in this programme and wish to study abroad. Other relevant information In addition to Psychometric Tests assessment, a comprehensive screening and selection also consider students’ personalities to ensure that the selection and recruitment of students are made comprehensively. (98) Program Student Assessment Centre (SAC) : Program Penajaan JPA Tahun 2021 Students Assessment Centre (SAC) : PSD’s Scholarship Programme Year 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy