Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

91 JPA@ 2020 LAPORAN TAHUNAN 2020 ANNUAL REPORT MAJLIS PENYERAHAN EX-GRATIA KEMATIAN PERTAMA TAHUN 2020, KUALA LUMPUR THE FIRST DEATH EX-GRATIA HANDING OVER CEREMONY OF 2020, KUALA LUMPUR YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menyampaikan sijil penghargaan, kad pesara, surat kelulusan faedah terbitan serta bayaran Ex-Gratia Kematian yang pertama kepada balu Allahyarham Adlan Abd Aziz, seorang guru yang telah meninggal dunia pada 2 Januari 2020. Sesi penyerahan yang berlangsung di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur pada 26 Februari 2020 tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS, YBhg. Datuk Teo Khian How, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, YBrs. Tuan Syed Hamadah bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP serta wakil dan pihak pengurusan sekolah. Pemberian Ex- Gratia Kematian tersebut dibuat berdasarkan keputusan Kerajaan dalam Pembentangan Belanjawan Tahun 2020, sebagai insentif baharu faedah terbitan yang merupakan pemberian tambahan kepada faedah terbitan sedia ada. Ex-Gratia Kematian ini dibayar secara sekaligus kepada waris yang layak kepada anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau selepas 1 Januari 2020 dengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 240 bulan. Penerima pemberian Ex-Gratia Kematian yang pertama adalah balu kepada Gemulah Adlan bin Abd Aziz iaitu Puan Herlyna binti Bachtiar yang sedang berkhidmat sebagai Guru di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Gemulah turut meninggalkan empat (4) orang cahaya mata iaitu; Ammar bin Adlan (19 tahun), Amir bin Adlan (17 tahun), Ahla Adlina binti Adlan (14 tahun) dan Amru bin Adlan (9 tahun). Selain itu, gemulah turut meninggalkan ibu Puan Habsah binti Lebai Din yang juga merupakan waris yang layak ke atas Ex-Gratia Kematian ini. Gemulah yang merupakan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan mula berkhidmat sebagai Guru (Tetap) mulai 1 Julai 2005 dan sebelum meninggal dunia, gemulah berkhidmat di SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur. YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abdul Rahman, Director General of Public Service, presented a certificate of appreciation, pension card, letter of approval for derivative benefits and the first Death Ex-Gratia payment to the widow of the late Adlan Abd Aziz, a teacher who passed away on 2nd January 2020. The session, which took place at SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur, on 26th February 2020, was also attended by YBrs. Tuan Haji Adnan bin Mat, President of CUEPACS, YBhg. Datuk Teo Khian How, Director of PSD Post-Service Division, YBrs. Tuan Syed Hamadah bin Othman, Chief Executive Officer of KWAP and representatives and the school management personnel. The Death Ex-Gratia grant was initiated based on the Government’s decision in the 2020 Budget Presentation as a new incentive for derivative benefits, additional benefit to the existing benefit. This Death Ex-Gratia is paid in a lump sum to the eligible heirs of a member who died while in service on or after 1st January 2020 with a service period of at least 240 months. The first recipient of the Death Ex-Gratia contribution was the widow of Adlan bin Abd Aziz, Puan Herlyna binti Bachtiar. She is currently serving as a teacher at SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Deceased also left four (4) children, Ammar bin Adlan (19 years old), Amir bin Adlan (17 years old), Ahla Adlina binti Adlan (14 years old) and Amru bin Adlan (9 years old). Apart from that, the deceased also left behind his mother, Puan Habsah binti Lebai Din, who is also eligible to recieve the Death Ex-Gratia. The deceased who was a civil servant, started serving as a teacher (Permanent) from 1st July 2005 and he served at SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur before his demise. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN (BP)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy