Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

SAMBUTAN BULAN HRMIS 2020 HRMIS MONTH CELEBRATION 2020 Walaupun negara dilanda pandemik Covid-19, program Sambutan Bulan HRMIS 2020 tetap dilaksanakan dengan norma dan pendekatan yang baharu. Bertemakan #DataKitaTanggungjawabKita, objektif utama program ini adalah untuk mempromosi HRMIS kepada semua penjawat awam dan menyediakan platform bagi perkongsian maklumat dan permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan HRMIS. Pelancaran Bulan HRMIS telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 8 Julai 2020. Sambutan pada tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti berbentuk forum, latihan dan pertandingan sama ada di peringkat JPA atau agensi-agensi Kerajaan yang lain dengan norma baharu serta mengikut SOP yang telah ditetapkan. JPA sendiri telah menganjurkan beberapa program yang dijalankan secara maya (dalam talian), antaranya HRMIS LIVE di Facebook Change Management HRMIS JPA dan Tanya ASSIST. Program ini telah dijalankan secara bersiri mengikut modul-modul HRMIS dan pengguna berpeluang untuk mendengar kupasan daripada pakar- pakar modul serta berinteraksi secara terus dengan mereka. Hari Bertemu Pelanggan HRMIS turut diadakan secara maya bagi menjawab pertanyaan atau permasalahan berkaitan HRMIS. Sambutan Bulan HRMIS bagi tahun ini turut menyaksikan latihan HRMIS dan ASSIST telah dijalankan secara hibrid iaitu secara fizikal (dengan pematuhan SOP) dan secara maya. Pendekatan ini telah memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk mengikuti sesi pembelajaran HRMIS dan ASSIST. Lima kategori pertandingan turut diadakan iaitu Pertandingan Pembangunan Dashboard ASSIST, Pertandingan Mereka Cipta Video HRMIS, Pertandingan Penulisan Artikel HRMIS, Marathon HRMIS dan Explorace HRMIS. Marathon HRMIS dan Explorace HRMIS mula diperkenalkan pada tahun ini dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, melebihi 300 penyertaan secara individu dan berkumpulan. Sambutan Bulan HRMIS turut meriah di peringkat agensi dengan 192 aktiviti telah dijayakan. Antaranya ialah Program Turun Padang, Pameran Bulan HRMIS, Klinik HRMIS, Mesyuarat Jawatankuasa HRMIS, HRMIS Crossword Puzzles , HRMIS User Group Seminar, Sesi Pemurnian Data, Semakan Buku Perkhidmatan, Bengkel HRMIS dan aktiviti-aktiviti lain. Aktiviti- aktiviti ini memberi peluang kepada warga di agensi untuk membudayakan penggunaan HRMIS dalam tugas seharian. Sambutan Bulan HRMIS 2020 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup Sambutan BulanHRMIS2020 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Rose Lena Lazemi, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) pada 22 September 2020. Majlis tersebut dimeriahkan dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan dan sijil penghargaan kepada juri-juri yang terlibat. Despite the Covid-19 pandemic which is hitting the country at the moment, the HRMIS Month Celebration 2020 programme was implemented with new norms and approaches. With the theme #DataKitaTanggungjawabKita, the main objective of this programme was to promote HRMIS to all civil servants and provide a platform for information sharing and problems encountered in the implementation of HRMIS. The launch of HRMIS Month was officiated by YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Director General of Public Service (DGPS) on 8th July 2020. This year’s celebration was conducted with various activities in the form of forums, training and competitions either at the PSD level or other Government agencies with new norms and following the SOPs that have been set. PSD organized several programmes conducted virtually, including HRMIS LIVE on Facebook, PSD HRMIS Change Management and Tanya ASSIST. The programme was conducted in series according to the HRMIS modules, and users had the opportunity to hear speeches from module experts and interact directly with them. HRMIS Client’s Day was also held virtually to answer questions or problems related to HRMIS. The HRMIS Month celebration also included HRMIS and ASSIST training conducted in a hybrid manner, physically (in compliance with SOPs) and virtually. This approach provided an opportunity for more users to attend HRMIS and ASSIST learning sessions. Five categories of competition were also conducted such as, ASSIST Dashboard Development Competition, HRMIS Video Creator Competition, HRMIS Article Writing Competition, HRMIS Marathon and HRMIS Exploration. The HRMIS Marathon and Explorace HRMIS were first introduced this year and received overwhelming responses with over 300 entries individually and in groups. The HRMISMonth celebration was also celebrated at the agency level, with 192 activities being held. Field Trip Programme, HRMIS Month Exhibition, HRMIS Clinic, HRMIS Committee Meeting, HRMIS Crossword Puzzles, HRMIS User Group Seminar, Data Refinement Session, Service Book Review, HRMIS Workshop, and other activities were held during the celebration. These activities provided an opportunity for people in the agency to cultivate HRMIS in daily tasks. The HRMIS 2020 Month Celebration ends with the Closing Ceremony of the HRMIS 2020 Month Celebration, which was officiated by YBhg. Datuk Dr. Rose Lena Lazemi, Deputy Director General of Public Service (Operations) on 22nd September 2020. The ceremony involved a prize-giving session for all winners and presentation of the certificates of appreciation to the judges. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 86 BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT STRATEGIK (BPMS)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy