Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

TAKLIMAT HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA SESI 2019/2020 PARTIAL SCHOLARSHIP FEDERAL TRAINING AWARD BRIEFING SESSION 2019/2020 Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) merupakan kemudahan penajaan yang diberi kepada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) bagi mengikuti kursus di peringkat Ijazah Lanjutan secara separuh masa melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Kursus Luar Kampus (KLK) atau Kursus Separuh Masa di IPT Tempatan. Penajaan ini bertujuan untuk menggalakkan pegawai-pegawai Kerajaan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi serta menambah ilmu pengetahuan dan tahap kemahiran masing-masing, selaras dengan usaha Kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu dalam kalangan warganegara Malaysia dan pekerja yang berpengetahuan (knowledge worker) . Taklimat HLPSB Sesi 2019/2020 ini telah diadakan pada 30 Januari 2020 bertempat di Auditorium JPA. Taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 145 orang peserta yang terdiri daripada 19 orang penerima di peringkat pengajian PhD dan 126 penerima peringkat Sarjana. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk: 1. Penyampaian amanat oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan. 2. Menyampaikan taklimat penajaan kepada penerima tajaan berkenaan obligasi kontrak, kaedah bayaran yuran dan elaun dan sistem pengurusan maklumat pegawai tajaan (MySELF). 3. Menyerahkan surat tawaran HLPSB sesi 2019/2020 kepada penerima tajaan. 4. Sesi pemurnian dan pemulangan semula dokumen perjanjian HLPSB kepada penerima tajaan. The Partial Scholarship Federal Training Award (HLPSB) is a sponsorship privilege given to Management and Professional Group (P&P) officers to enrol courses at the Postgraduate level on a part-time basis through Long Distance Education (PJJ), Off-Campus Courses (KLK) or Part-Time Courses in local public universities. This sponsorship aims to encourage Government officials to further their education to a higher level and increase their knowledge and skill, in line with the Government’s efforts to create a knowledgeable community among Malaysians as to produce knowledge workers. HLPSB Briefing Session 2019/2020 was held on 30th January 2020 at the PSD Auditorium. The briefing was attended by 145 participants consisting of 19 recipients at the PhD level and 126 recipients at the Masters level. This briefing was held to: 1. Convey the message by the Director of Human Capital Development Division. 2. Conduct briefing to sponsorship recipients regarding contractual obligations, feeandallowancepaymentmethod, and sponsorship officer’s information management system (MySELF). 3. Present the HLPSB offer letter for the 2019/2020 session to the sponsorship recipients. 4. Refine and return HLPSB agreement documents to sponsors. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 84 BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (BMI)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy