Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SIRI 3/2020 MINDSET TRANSFORMATION PROGRAMME SERIES 3/2020 Program Transformasi Minda Siri 3/2020 ini telah berlangsung pada 10 hingga 12 Februari 2020 bertempat di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA. Program ini dilaksanakan secara serentak melibatkan seramai 84 orang pelajar di bawah Program Khas JPA – MARA (Jepun) daripada Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya dan Pusat Bahasa Teikyo, serta 20 orang pelajar di bawah Program Khas ke Jerman daripada INTEC Education College. Program ini dilaksanakan dengan pengisian modul yang bersesuaian dan dirangka oleh Unit Pembangunan Bakat dan Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Luar Negara). TheMindset Transformation Programme Series 3/2020 was held from 10th to 12th February 2020 at the Malaysian Immigration Academy, Port Dickson, Negeri Sembilan. This programme was officiated by YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Director of Human Capital Development Division, PSD. This programme was implemented simultaneously involving 84 students under the Special Programme JPA - MARA (Japan) from Ambang Asuhan Jepun, University of Malaya and Teikyo Language Centre, as well as 20 students under the Special Programme to Germany from INTEC Education College. The programme was organized to expose appropriate modules designed by the Talent Development Unit and the Pre-Service Development Unit (Abroad). Bagi Program Teknikal ke Jepun, pelajar-pelajar merupakan pelajar lepasan SPM tahun 2017 dan mula ditaja di peringkat persediaan pada 1 Mei 2018. Manakala bagi Program Teknikal ke Korea, pelajar-pelajar merupakan pelajar lepasan SPM tahun 2018 dan mula ditaja di peringkat persediaan pada 16 Mei 2019. Kedua-dua kumpulan pelajar berkenaan akan menyambung pengajian ke luar negara masing-masing pada Februari 2020 bagi Program Teknikal ke Korea Selatan dan April 2020 bagi Program Teknikal ke Jepun. Students selected for the Technical Programme to Japan are from SPM 2017 batch who began their sponsorship on the introductory level on 1st May 2018. Meanwhile, for the Technical Programme to Korea, the SPM 2018 batch began the preparatory stage on 16th May 2019. Both groups of students will continue their studies abroad in February 2020 for the Technical Programme to South Korea and April 2020 for the Technical Programme to Japan. 81 JPA@ 2020 LAPORAN TAHUNAN 2020 ANNUAL REPORT
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy