Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

PROGRAM STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) - PROGRAM PENAJAAN JPA TAHUN 2020 STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) PROGRAMME - PSD SPONSORSHIP PROGRAMME 2020 Program Student Assessment Centre (SAC) adalah satu kaedah penilaian secara holistik yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) yang bertanggungjawab menjalankan proses penyaringan dan penilaian berdasarkan sesi temuduga dan latihan dalam kumpulan. Kaedah penilaian ini dilaksanakan bagi membolehkan pihak JPA mengenal pasti bakat yang terbaik di kalangan pelajar cemerlang seluruh negara bagi mengikuti program-program penajaan di bawah JPA sama ada di dalam mahupun luar negara. Berikutan penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara serta arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020, program SAC buat pertama kalinya telah dilaksanakan secara dalam talian bagi mengurangkan kontak serta membantu meminimumkan risiko penyebaran pandemik COVID-19. Melalui pelaksanaan SAC ini, para pemohon dinilai melalui sesi temu duga dan rakaman tayangan video yang dikemukakan oleh pemohon. YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) turut turun padang diiringi oleh YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan bagi meninjau perjalanan program berkenaan. The Student Assessment Centre (SAC) programme is a holistic assessment method implemented by the Public Service Department (PSD) through the Human Capital Development Division (BMI), which is responsible for conducting the screening and assessment process based on group interviews and training sessions. This evaluation method enables the PSD to identify the best talent among outstanding students throughout the country to participate in the sponsorship programmes under the PSD either locally or abroad. Following the nationwide spread of the COVID-19 pandemic and the enforcement of the Movement Control Order (MCO) beginning on 18th March 2020, the SAC programme was implemented online for the first time to reduce contact and help minimize the risk of the spread of the COVID-19 pandemic. In the implementation of this SAC, the applicants were assessed through interview sessions and video recordings submitted by the applicants. YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Director General of Public Service (DGPS), visited the centre, accompanied by YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Director of the Human Capital Development Division, to review the programme progress. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 78 BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (BMI)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy