Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020
Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Tahun 2020 menyaksikan negara kita berhadapan dengan pandemik kesihatan yang menyebabkan berlakunya perubahan ke atas hubungan masyarakat, gaya hidup serta pelbagai aspek kehidupan yang lain. Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020, yang diumumkan Perdana Menteri bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 telah membuka lembaran baharu kepada penjawat awam negara apabila perlu melaksanakan tugas dengan norma baharu dalam memberikan perkhidmatan terbaik, walaupun menjalankan tugasan dari rumah. In the year 2020, we witnessed the pandemic that has changed the human relationship and lifestyle. The Movement Control Order (MCO), which was announced on 18th March 2020 by the Prime Minister to curb the risk of Covid-19 infection, has opened up a new horizon for civil servants in this country to the new norm of performing task even at home. Ketika inilah dapat dilihat nilai komitmen tinggi dizahirkan penjawat awam pelbagai peringkat jawatan dan perkhidmatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik, walaupun menjalankan tugasan dari rumah. Perkhidmatan yang disampaikan memerlukan satu tindakan yang lebih tersusun dan teratur tanpa mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) di setiap peringkat. Through this challenging time, civil servants from various levels must display high commitment in performing their tasks, even while working from home. The service delivered require a more structured and organised action without neglecting the S.O.P. at each stage. Saya ingin menyarankan agar semua penjawat awam sentiasa bersedia dalammendepani pelbagai cabaran dan berusaha mengatasinya sebaik mungkin, walaupun penjawat awam perlu mengubah cara kerja konvensional kepada kaedah baharu yang lebih sesuai dengan perubahan landskap kerja semasa. I would like to urge all civil servants to be ready to face challenges and strive their best to overcome those challenges. Despite the fact that the civil servants need to change their working style from a conventional method to a new way of working that is more suitable with the current working environment. Terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh penjawat awam terutamanya warga JPA di atas segala usaha serta komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2020 dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara meskipun kita berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka ini. Saya berharap agar visi dan misi JPA dapat dicapai dengan usaha dan kerjasama yang konsisten daripada seluruh pihak secara berterusan. Semoga kehadiran tahun 2021 ini memberi aspirasi kepada warga JPA untuk terus berusaha ke arah pencapaian yang lebih gemilang. I would also like to thank all civil servants, especially from the Public Service Department (PSD) for all the efforts and commitments shown through the year 2020 in providing the best service to the people and country despite unexpected situation. I hope PSD’s visions and missions will be achieved with consistent hard work and cooperation from all parties. May the year 2021 provide an aspiration to the members of PSD staff and to look forward to a glorious achievement. PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM FOREWARD FROM THE DIRECTOR GENERAL OF PUBLIC SERVICE 6 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy