Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

MAJLIS PENGANUGERAHAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2020/2021 THE YANG DI-PERTUAN AGONG SCHOLARSHIP SESSION 2020/2021 AWARDING CEREMONY Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) telah mula diperkenalkan pada tahun 2006 sebagai pengiktirafan kebolehan luar biasa seseorang calon, di samping memberi peluang untuk mereka melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Ph.D dan Sarjana) di dalam dan luar negara. Sebanyak 14 sesi penawaran telah dilaksanakan dengan menaja seramai 161 pelajar iaitu 80 di peringkat Ph.D dan 81 di peringkat Sarjana. Bidang pengajian adalah meliputi empat (4) bidang utama iaitu Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Majlis Penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 21 Julai 2020 bertempat di Istana Negara. Dalam majlis ni, seramai 12 orang calon telah diraikan iaitu enam (6) calon Ph.D dan enam (6) calon Sarjana. Senarai penerima biasiswa adalah seperti berikut: Peringkat Ph.D: 1. Noor Amiera Alias 2. Amalina Hanani Ismail 3. Muhammad Hafizul Hazmi bin Wahab 4. Ong Yi Ni 5. Bryan Lim Wei Tern 6. Sivasanghari a/p Karunakaran Peringkat Sarjana: 1. Mohamad Khairul Hafizi bin Rahimi 2. Nur Khairina binti Khairu Najihan 3. Nur Azhani Azmi 4. Farah Syazana binti Aspar 5. Rohaisha binti Jamil 6. Low Suey Yee The Yang di-Pertuan Agong Scholarship (BYDPA) was first introduced in 2006 in recognition of a candidate’s outstanding achievements as well as providing opportunities for them to pursue postgraduate studies (Ph.D and Masters) domestically and abroad. A total of 14 offering sessions have been implemented by sponsoring a total of 161 students, 80 at the Ph.D level and 81 at the Masters level. The field of study covers four main areas, Science & Technology, Economics, Law and Islamic Finance. The Yang di-Pertuan Agong Scholarship (BYDPA) Awarding Ceremony for Session 2020/2021 was officiated by His Majesty The Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah on 21st July 2020 at the National Palace. In this ceremony, a total of 12 candidates attended the ceremony which with were six (6) Ph.D candidates and six (6) Masters candidates. The list of scholarship recipients are as follows: Ph.D Category: 1. Noor Amiera Alias 2. Amalina Hanani Ismail 3. Muhammad Hafizul Hazmi bin Wahab 4. Ong Yi Ni 5. Bryan Lim Wei Tern 6. Sivasanghari a/p Karunakaran Masters Category: 1. Mohamad Khairul Hafizi bin Rahimi 2. Nur Khairina binti Khairu Najihan 3. Nur Azhani Azmi 4. Farah Syazana binti Aspar 5. Rohaisha binti Jamil 6. Low Suey Yee JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 72 BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (BMI)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy