Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) telah menerbitkan dua (2) naskhah penerbitan sepanjang tahun 2020 seperti berikut: The Organizational Development Division (BPO) published two (2) publications in 2020, which are as follows: Penerbitan Buku: Kompilasi Dasar Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam 1967 – 2020 Book Publication: Compilation of Malay Language Policies in Public Service 1967 - 2020 Buku Kompilasi Dasar Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam 1967 hingga 2020 merupakan rangkuman bagi punca kuasa dan dasar-dasar berkaitan subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia sebagai satu syarat wajib untuk lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan Tahun 1967 dan Surat Pekeliling Am Bilangan 12 Tahun 1967. Buku ini dapat dijadikan sumber rujukan untuk membantu dan memudahkan pegawai-pegawai di JPA dalam mengendalikan urusan berkaitan skim-skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa. A compilation of Malay Language Policies in Public Service from 1967 to 2020, summarizes for jurisdiction and policies related to the subject of Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia as a prerequisite for appointment to the Public Service in accordance with the implementation of the National Language Act of 1967 and the General Circular No. 12 of 1967. This book can be use as a reference to assist and facilitate officers in the PSD in handling matters related to service schemes. Penerbitan Buku: Buku Maklumat Skim Perkhidmatan Berkuat Kuasa Mulai 1 Januari 2020 Publication of the Service Scheme Information Book Effective From 1st January 2020 Buku Maklumat Skim Perkhidmatan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020 merupakan kesinambungan daripada Buku Maklumat Skim Perkhidmatan yang pernah diterbitkan pada tahun 2017 dan kandungannya juga telah dikemaskini dan ditambah baik selaras dengan perubahan semasa skim perkhidmatan terkini. Buku ini mengandungi maklumat lengkap tentang skim perkhidmatan meliputi perkara seperti Prinsip Umum Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam, Senarai Skim Perkhidmatan Berkuat Kuasa, Syarat Lateral Entry Dan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP), Syarat Bahasa Melayu, Syarat Kenaikan Pangkat, Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL), Prinsip Penjumudan dan Pemansuhan dan maklumat tambahan lain seperti Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) dan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). The Service Scheme Information Book, effective from 1st January 2020, is a continuation of the Service Scheme Information Book which was published in 2017, and its contents were updated and improved in line with current changes to the latest service schemes. The book contains complete information about the service schemes such as general principles of Appointment to the Public Service, List of Effective Service Schemes, Lateral Entry and Various Entry (KMP) Scheme, Malay Language Scheme, Promotion Scheme, Increase by Appointment (PSL) Scheme, Principles of Consolidation and Replacement and other additional information such as Salary Increment Gift (HPG) and Critical Service Incentive Payments (BIPK). BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (BPO) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 60

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy