Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020
DASAR PENGOPTIMUMAN PERKHIDMATAN AWAM PUBLIC SERVICE OPTIMIZATION POLICY Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pengoptimuman penggunaan sumber manusia dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan beban kewangan negara. Dalam hal ini, Kerajaan telah bersetuju supaya nisbah 1:20 perjawatan kepada penduduk diguna pakai seiring dengan pertambahan penduduk Malaysia dan pengurangan perjawatan sebanyak 5 peratus daripada 1.7 juta perjawatan secara berfasa dari tahun 2019 sehingga tahun 2021 melalui Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam tidak lagi diteruskan. Pengoptimuman sumber manusia dalam perkhidmatan awam bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos sertamengelakkan pembaziran sumber dalam sektor awam. Dasar ini dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti penswastaan, outsourcing dan Alternative Service Delivery . Selain itu, pengoptimuman sumber manusia juga dilaksanakan melalui kajian pertindihan fungsi antara Jabatan/ Agensi, rasionalisasi perjawatan dan pengisian jawatan secara berhemah, mengikut keperluan bagi mencapai saiz perkhidmatan yang sepatutnya (rightsizing) dalam perkhidmatan awam. Dalam usaha untuk mengoptimumkan sumber iaitu kewangan dan sumber manusia, faktor perkembangan teknologi semasa turut di beri perhatian serius dengan mengadaptasikan penggunaan ICT dan teknologi terkini dalam usaha pendigitalan proses kerja bagi menyokong fungsi serta operasi perkhidmatan awam agar lebih produktif dan efektif. The Government has agreed to continue optimizing human resources in the public service to increase efficiency and reduce the country’s financial burden. In this regard, the Government decided that a ratio of 1:20 staff to population be adopted in line with the increase of Malaysian population and a 5 per cent staff reduction from 1.7 million posts from 2019 to 2021 through the Public Service Size Control Policy will no longer be implemented. Optimization of human resources in the public service aims to increase efficiency, reduce costs and avoid wastage of resources in the public sector. This policy is implemented through various methods such as privatization, outsourcing, and Alternative Service Delivery. In addition, human resource optimization is also implemented through the study of overlapping functions between Departments/ Agencies, rationalization of staffing and careful hiring according to the needs to achieve the right size of service in the public service. To optimize resources, namely finance and human resources, current technological development factors were also given serious attention by adapting the use of ICT and the latest technology to digitalize work processes to support the functions and operations of public services to be more productive and effective. BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (BPO) Mesyuarat-mesyuarat Utama 1. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Jawatan- jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) Mesyuarat utama yang menimbang dan meluluskan urusan berkaitan penyusunan semula secara menyeluruh sesebuah Kementerian/Jabatan/Agensi dan perjawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi sama ada bertaraf tetap atau sementara. Mesyuarat diadakan secara berkala setiap empat (4) bulan yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Pada tahun 2020, sebanyak 66 kertas permohonan telah diteliti dan mencapai keputusan selaras dengan dasar semasa. 2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Organisasi (JIPO) Mesyuarat diadakan bertujuan menimbang dan memperakukan urusan berkaitan penyusunan semula secara menyeluruh sesebuah Kementerian/Jabatan/Agensi dan perjawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi sama ada bertaraf tetap atau sementara ke Mesyuarat JKTT. Mesyuarat yang dipengerusikan Key Meetings 1. Special Committee Meeting to Review the Senior Post Position (JKTT) The meeting considers and approves matters related to the overall restructuring of a Ministry/Department/Agency and the appointment of the Top Management Group, whether permanent or temporary. Meetings are held periodically every four (4) months and chaired by Chief Secretary to the Government. In 2020, a total of 66 application papers were reviewed, and decisions were made in line with current policy. 2. Organizational Development Steering Committee (JIPO) Meeting The meeting is conducted to discuss matters related to the overall restructuring of a Ministry/Department/Agency and the appointment of the Top Management Group, whether permanent or temporary. The Director General of Public JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 58
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy