Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

BAHAGIAN SARAAN (BS) PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) - LUNCH SET FOR HEALTH CARE FRONT LINERS CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) PROGRAM - LUNCH SET FOR HEALTH CARE FRONT LINERS Sebagai menzahirkan rasa terima kasih ke atas pengorbanan rakan-rakan penjawat awam dalam bidang kesihatan dalam menangani COVID-19 di Malaysia, warga Bahagian Saraan (BS), Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengambil inisiatif untuk menyediakan set makan tengah hari secara gotong royong menggunakan dana kutipan yang dibuat secara dalaman. Sumbangan kali ini dikhaskan kepada petugas perubatan di Hospital Sungai Buloh yang merupakan Hospital COVID-19. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 5 Disember 2020 yang melibatkan 15 orang warga serta bekas warga Bahagian Saraan sebagai sukarelawan. Tugas-tugas penyediaan makanan telah dilaksanakan dengan tersusun serta mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuat kuasa. Hasil kerjasama ini, sebanyak 140 set makan tengah hari berjaya disediakan dan kemudiannya diserahkan oleh Encik Mohd Shahir bin Shaari, Timbalan Pengarah BS mewakili Pengarah BS kepada Encik Nur Zailan bin Othman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia, yang mewakili Pengarah Hospital Sungai Buloh. Program ini turut mendapat kerjasama Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. di mana 200 Gardenia Twiggies telah disumbangkan untuk dinikmati warga Hospital Sungai Buloh. As an expression of gratitude for the sacrifices of fellow civil servants in the health service in dealing with COVID-19 in Malaysia, the team from the Remuneration Division (BS) of the Public Service Department (PSD) took the initiative to provide lunch set through the internal donation. The donation was reserved specifically for the medical staff at Sungai Buloh Hospital, which is a COVID-19 Hospital. The programme was successfully conducted on Saturday, 5th December 2020, involving 15 Remuneration Division volunteers. Food preparation tasks were carried out in an orderly manner and in compliance with the SOPs of the Recovery Movement Control Order. As a result of this collaboration, a total of 140 lunch sets were successfully prepared, and the food was handed over by Encik Mohd Shahir bin Shaari, Deputy Director of BS representing the Director of BS to Encik Nur Zailan bin Othman, Senior Assistant Director, Human Resources Division, representing the Director of Sungai Buloh Hospital. This programme was also collaborated with Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. where 200 Gardenia Twiggies were donated for the Sungai Buloh Hospital staff. Sumbangan set makan tengah hari untuk 140 para petugas perubatan Hospital Sungai Buloh 140 Lunch sets donated for the frontliners at Sungai Buloh Hospital JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 54

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy