Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

varied start and finish times . APSC turut memaklumkan bahawa Pelaksanaan FWA yang berkesan bersandarkan kepada tiga (3) elemen utama yang perlu dimainkan oleh penyelia iaitu manage, monitor dan review . • Sesi perkongsian mengenai pelaksanaan FWA ini bertepatan dengan hala tuju JPA dalam mengenal pasti amalan-amalan terbaik dari organisasi awam luar negara berkaitan pelaksanaan waktu bekerja fleksibel serta pengurusan prestasi yang lebih berkesan. • Pada sesi kedua, JPA dan APSC berkongsi maklumat dan pengalaman berkenaan pelaksanaan FWA berdasarkan kepada kaedah dan tatacara pelaksanaan serta aspek perundangan. JPA telah membentangkan kertas berkaitan pelaksanaan FWA pada tahun 2015 di empat (4) Kementerian/Agensi di Malaysia. • APSC mendefinisikan FWA sebagai sistem pengaturan kerja di mana seseorang pekerja itu perlu memenuhi tanggungjawab kerja harian mereka dengan tidak mengambil kira lokasi kerja di samping menggunakan teknologi maklumat (IT) sebagai medium komunikasi dalam melaksanakan tugas. Berdasarkan pengalaman APSC khususnya dalam menghadapi pasca COVID-19, isu utama yang perlu diselesaikan dalam pelaksanaan FWA adalah berkenaan dengan pembekalan peralatan ICT (komputer riba, tablet), dan juga pembangunan infrastruktur ICT (sistem pengurusan dokumen, akses internet - Skype, Webex). Akses kepada sistem kerja seharian adalah kunci kejayaan dalam pelaksanaan FWA. • Fokus pelaksanaan FWA di Australia adalah merujuk kepada golongan yang memerlukan seperti golongan wanita/ibu, warga berumur, golongan kurang upaya serta yang mempunyai keperluan menjaga ibu-bapa/ anak/ ahli keluarga yang sakit. Berdasarkan pengalaman APSC pelaksanaan FWA yang berkesan memerlukan perbincangan berterusan di antara penyelia dan pekerja. Hasil daripada perbincangan ini, penyelia akan dapat memahami keperluan FWA bagi seseorang pekerja dan seterusnya memastikan isu-isu kebajikan pekerja dapat ditangani dengan baik. that the effective implementation of FWA is based on three (3) main elements that have to be done by the supervisors, namely manage, monitor and review. • This sharing session on the implementation of FWA coincided with the direction of PSD in identifying best practices from public organizations abroad related to the implementation of flexible working hours and effective performance management. • In the second session, PSD and APSC shared information and experiences on the implementation of FWA based on implementation methods and procedures and legal aspects. PSD presented working papers related to FWA implementation in 2015 in four (4) Ministries/Agencies in Malaysia. • APSC defined FWA as a work organization system where employees have to fulfil their daily work responsibilities regardless of the location while using information technology (IT) as a medium of communication in performing tasks. Based on APSC’s experience, especially in dealing with post-COVID-19, the main issues that should be resolved with FWA implementation are the supply of ICT equipment (laptops, tablets) and ICT infrastructure development (document management system, internet access - Skype, Webex). Access to a day-to-day work system is the key to success in FWA implementation. • The focus of FWA implementation in Australia is to cater to a few groups such as women/mothers, the elderly, the disabled and those who have to care for unwell parents/ children/family members. Based on APSC’s experience, the effective implementation of FWA requires ongoing discussion between supervisors and employees. As a result of these discussions, supervisors will understand the FWA needs of an employee and in turn, ensure that employee welfare issues are appropriately addressed. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 38 BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERANCANGAN DAN DASAR (BPPD)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy