Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020
5. SESI PEMUKIMAN ANGGOTA JEMAAH MENTERI DAN PENJAWAT AWAM Satu Program Pemukiman Jemaah Menteri bertemakan Persefahaman Jemaah Menteri Ke Arah Kemakmuran Malaysia telah diadakan pada 23 Januari 2020 di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya, Selangor. Program ini bertujuan membina kesatuan dalam kalangan Jemaah Menteri di samping mengeratkan lagi hubungan di antara anggota pentadbiran dengan penjawat awam. Program ini juga bertujuan memupuk esprit de corp dalam kalangan anggota pentadbiran serta penjawat awam. Program pemukiman ini dibahagikan kepada dua (2) sesi di mana sesi pagi melibatkan pertemuan di antara anggota pentadbiran dan sesi petang melibatkan pertemuan anggota pentadbiran dan penjawat awam yang dihadiri oleh semua Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah. Di antara perkara yang telah dibincangkan merangkumi keperluan mewujudkan hubungan mantap antara anggota pentadbiran dan penjawat awam, tanggungjawab bersama dalam pembangunan ekonomi, kesejahteraan penjawat awam, tadbir urus yang baik, sinergi antara kementerian, penyebaran pencapaian kejayaan Kerajaan melalui komunikasi yang lebih berkesan serta hala tuju yang jelas. 6. MAJLIS SANTAPAN TENGAH HARI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERSAMA PEGAWAI- PEGAWAI KANAN KERAJAAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengampuni perkenan supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyelaras Majlis Santapan Tengah Hari Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan secara bulanan di Istana Negara. Majlis Santapan Tengah Hari ini bertujuan memberi ruang kepada Seri Paduka Baginda untuk menyantuni Pegawai-pegawai Kanan di kementerian secara lebih rapat serta untuk memahami dengan lebih mendalam fungsi dan peranan kementerian. Sesi pertama bagi majlis ini telah disertai oleh Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan pada 30 Januari 2020 yang melibatkan kehadiran seperti berikut: 5. RETREAT SESSION FOR CABINET MEMBERS AND PUBLIC OFFICERS A Cabinet Retreat Programme with the theme Cabinet’s Understanding Towards Malaysia’s Prosperity was held on 23rd January 2020 at Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya, Selangor. This program aims to build unity among the Cabinet Ministers and strengthen the relationship between members of the administration and public officers. The programme also sought to cultivate esprit de corps among members of the administration and public officers. The retreat programme was divided into two (2) sessions. The morning session involved a meeting between members of the administration. In the afternoon, a meeting with administration and public officers was held and attended by all the Secretary General and the Director General. Among the issues discussed were the need to establish a strong relationship between members of the administration and civil servants, shared responsibility in economic development, the well-being of civil servants, good governance, the synergy between ministries, dissemination of Government success through more effective communication and a better and clear direction. 6. ROYAL LUNCHEON WITH HIS MAJESTY, KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AND SENIOR GOVERNMENT OFFICERS His Majesty, The Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah has given his consent to the Public Service Department (PSD) to coordinate the Luncheon for Senior Government Officials every month at the National Palace. The purpose of this luncheon is to provide an opportunity for His Majesty to get to know the Senior Officials in the Ministry more closely and better understand the functions and roles of the ministry. The first session of this event was attended by the Prime Minister Department, Public Service Department and the Ministry of Finance on 30th January 2020, which involved the following attendance: 33 JPA@ 2020 LAPORAN TAHUNAN 2020 ANNUAL REPORT
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy