Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

PROGRAM-PROGRAM DIGITAL GOVERNMENT COMPETENCY AND CAPABILITY READINESS (DGCCR) DIGITAL GOVERNMENT COMPETENCY AND CAPABILITY READINESS (DGCCR) PROGRAMMES Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) bermula dengan Kajian Pembangunan dan Pelaksanaan Rangka Kerja DGCCR Sektor Awam pada tahun 2017. Hasil daripada kajian tersebut, sebanyak 17 keupayaan organisasi dan lapan (8) keupayaan individu telah dikenal pasti. Susulan itu, melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 - 2020, Rangka Kerja DGCCR ini akan diterap ke dalam perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membangunkan model pengoperasian Kerajaan digital dan digunapakai sebagai pendekatan berstruktur serta menyeluruh bagi menyediakan pengurusan bakat yang lengkap. DGCCR bertujuan untuk membangunkan kompetensi dan keupayaan digital pegawai awam pada setiap peringkat dan peranan dalam usaha menawarkan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat. Komponen dan program- program yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 adalah seperti berikut: Terdapat Empat (4) Komponen dan Program Utama iaitu ; 1. DGCCR Digital Accelerators (DA) Program eksklusif dan disasarkan kepada individu terpilih yang bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan pelbagai pendekatan baharu untuk memainkan peranan sebagai penggerak dan pemacu Transformasi Pembudayaan Digital merentasi agensi masing-masing. Program ini telah dilaksanakan mulai dari September 2019 sehingga Oktober 2020. Pembangunan Modul dan Pelaksanaan Program Digital Accelerators (DA) merangkumi tujuh (7) modul pembelajaran seperti berikut: Modul 1 : Pemantapan Agenda Kerajaan Digital; Modul 2 : Pengurusan Perubahan Minda; Modul 3 : Pembangunan Modal Insan; Modul 4 : Pembangunan Inisiatif Digital; Modul 5 : Libat Urus dan Pemetaan Visi; Modul 6 : Kolaboratif dan Eksplorasi; dan Modul 7 : Transformasi dan Pembudayaan Digital. The Public Service Department (PSD) has been mandated to implement the Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) initiative starting with the Public Sector DGCCR Framework Development and Implementation Study in 2017. As a result of the study, 17 organizational capabilities and eight (8) individual capabilities have been identified. Subsequently, through the Mid -Term Review of the Eleventh Malaysia Plan 2016 - 2020, the DGCCR Framework will be incorporated into the civil service as part of the Government’s initiative to develop a digital Government operating model and then adopted as a structured and comprehensive approach to providing complete talent management. DGCCR aims to develop the digital competencies and capabilities of civil servants at every level and role to offer the best digital service delivery to the people. The components and programmes that were implemented in 2020 are as follows: There are Four (4) Main Components and Programmes, namely ; 1. DGCCR Digital Accelerators (DA) The programme is exclusive and targeted at selected individuals that aims to equip them with a range of new approaches to play a role as a conductor of Digital Cultivation Transformation across their respective agencies. This programme had been implemented from September 2019 to October 2020. Module Development and Implementation of the Digital Accelerators (DA) Programme includes seven (7) learning modules as follows: Module 1 : Strengthening the Digital Government Agenda; Module 2 : Mind Changing Management; Module 3 : Human Capital Development; Module 4 : Digital Initiative Development; Module 5 : Engagement and Vision Mapping; Module 6 : Collaborative and Exploration; and Module 7 : Digital Transformation and Cultivation. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 28 BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERANCANGAN DAN DASAR (BPPD)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy