Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

FORUM PASCA BELANJAWAN 2021 FORUM PASCA BELANJAWAN 2021, 10 NOVEMBER 2020, INTAN BUKIT KIARA POST 2021 BUDGET FORUM, 10TH NOVEMBER 2020, INTAN BUKIT KIARA POST 2021 BUDGET FORUM Forum Pasca Belanjawan 2021 Bertemakan “Belanjawan Pemacu Ekonomi Era Norma Baharu” adalah program anjuran Kluster Pengajian Ekonomi dan Kewangan Awam (KEKA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 10 November 2020 di INTAN Bukit Kiara. Forum Pasca Belanjawan merupakan acara tahunan bagi membincangkan dan mengupas pembentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan dari aspek polisi dan dasar, ekonomi, politik, akademik serta industri dengan kumpulan sasaran adalah semua penjawat awam di Malaysia. INTAN sebagai pusat latihan bagi penjawat awam akan mengambil kira input-input yang diperolehi daripada forum ini sebagai penambahbaikan di dalam modul-modul kursus yang ditawarkan dari masa ke semasa. Sesi forum pada kali ini telah berlangsung secara hibrid di mana kehadiran fizikal oleh para panel dan secara maya oleh para peserta (melalui aplikasi Zoom) memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih dilaksanakan di kawasan Lembah Klang. Bilangan peserta yang mengikuti forum tersebut dianggarkan berjumlah 1,200. Seramai empat orang panel telah dijemput untuk mengupas Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz pada 6 November 2020 dengan tema “Teguh Kita, Menang Bersama”. Belanjawan yang dibentangkan tertumpu kepada usaha pemulihan perniagaan dan pengukuhan ekonomi supaya kesannya dapat dirasai oleh rakyat Malaysia, yang majoriti terkesan dengan pandemik global, Covid-19. The Post 2021 Budget Forum with the theme “Budget Drives the Economy of the New Norm Era” was a programme organized by the Cluster of Economics and Public Finance Studies (KEKA) and the National Institute of Public Administration (INTAN) on 10th November 2020 at INTAN Bukit Kiara. The Post Budget Forum is an annual event to discuss and break down the budget presentation by the Minister of Finance from policy, economy, politics, academia and industry with the civil servants as the target group in Malaysia. As a training centre for civil servants, INTAN will consider the inputs obtained from this forum as an improvement in the course modules offered from time to time. This forum session was held in a hybrid mode where the physical presence by the panels and virtual presence by the participants (via the Zoom application) as the Conditional Movement Control Order was still implemented in the Klang Valley. The number of participants who attended the forum was estimated at 1,200. A total of four panellists were invited to discuss the 2021 Budget presented by the Minister of Finance, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz on 6th November 2020 with the theme “Teguh Kita, Menang Bersama”. The budget presented focuses on business recovery efforts and economic consolidation to Malaysians, who are the majority affected by the global pandemic Covid-19. Datuk Dr. Kamarudin bin Min, Pengarah INTAN sedang menyampaikan ucapan perasmian Datuk Dr. Kamarudin bin Min, Director of INTAN giving his officiating speech INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 22

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy