Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020
Barisan pemenang Pertandingan Gegar Pidato Piala Pusingan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tahun 2020 The winners of Director General of Public Service Public Speaking Competition 2020 Pada tahun ini juga, Pertandingan Gegar Pidato ditambah nilai dengan penganjuran Akademi Pidato Perkhidmatan Awam yang diadakan pada 28 hingga 30 September bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) cawangan Bangi. Akademi tersebut bertujuan menyediakan platform kepada penjawat-penjawat awam untuk mempelajari dan berkongsi ilmu berpidato daripada pemidato-pemidato antarabangsa dan kebangsaan yang dilantik sebagai pembimbing dalam sesi kuliah umum, tutorial, latihan lapangan dan saringan awal sebelum melangkah ke pentas akhir pertandingan. Bahasa Melayu merupakan identiti teras negara Malaysia dan perkhidmatan awam wajar menggalas tanggungjawab bagi memastikan martabat dan kualiti bahasa Melayu kekal di peringkat yang tertinggi kerana ia berupaya menjadi pengikat kepada kesepakatan dan jati diri penjawat awam seterusnya membawa kepada pemerkasaan kualiti perkhidmatan. Justeru, penganjuran akademi dan pertandingan seumpama ini amat relevan dan akan diteruskan pada masa akan datang. Also, this year, a Public Service Speech Academy was organized from 28th to 30th September at the Islamic Training Institute of Malaysia (ILIM) Bangi. The academy aims to provide a platform for civil servants to learn and share oratory knowledge from international and national speakers appointed as mentors in public lecture sessions, tutorials, field training and preliminary screening before moving on to the final stage of the competition. The Malay language is the core identity for Malaysians. It is the responsibility for public service to uphold the prestige and quality of the Malay language remain at the highest level as it strives to be a binding agreement and the identity of the civil servants, leading to the empowerment of service quality. Therefore, the organization of such academies and competitions is relevant and will be continued in the future. 21 JPA@ 2020 LAPORAN TAHUNAN 2020 ANNUAL REPORT
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy