Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

PROGRAM AKADEMI DAN PERTANDINGAN GEGAR PIDATO PIALA PUSINGAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2020 ACADEMY PROGRAMME AND DIRECTOR GENERAL OF PUBLIC SERVICE PUBLIC SPEAKING COMPETITION 2020 Pada 2 Oktober 2020, seramai 10 orang pemidato finalis daripada pelbagai agensi dan kementerian telah berentap di pentas akhir Pertandingan Gegar Pidato Piala Pusingan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tahun 2020 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Suhaime Mahbar, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) yang mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Pertandingan ini ditelah dijuarai oleh Encik Muhammad Hafiz Halily bin Aisa dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Manakala naib johan pula dimenangi oleh Encik Ahmad Burhan Sidqi bin Dato’ A Rahim dari Majlis Daerah Besut serta tempat ketiga dimenangi oleh Puan Siti Khatijah binti Chek dari Kementerian Kewangan. On 2nd October 2020, a total of 10 finalist fromvarious agencies and ministries took part in the final stage of the Director General of Public Service Public Speaking Competition 2020 organized by the National Institute of Public Administration (INTAN). The competition was officiated by YBhg. Dato’ Hj. Suhaime Mahbar, Deputy Director General of Public Service (Development) representing the Director General of Public Service. The competition was won by Muhammad Hafiz Halily bin Aisa from the Inland Revenue Board. Meanwhile, Ahmad Burhan Sidqi bin Dato’ A Rahim from Besut District Council took the first runner-up prize. Third place was awarded to Siti Khatijah binti Chek from the Ministry of Finance. Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Hj. Suhaime Mahbar, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Officiating speech by YBhg. Dato’ Hj. Suhaime Mahbar, Deputy Director General of Public Service (Development) Pertandingan ini yang telah menjangkau tahun kelima penganjurannya merupakan salah satu agenda pemartabatan Bahasa Kebangsaan melalui medium pengucapan awam dalam kalangan penjawat awam. Pada tahun ini, tema “Malaysia dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030” telah dipilih bagi membawa fokus peserta dan audiens kepada kupasan isu-isu antarabangsa dan kaitannya dengan Malaysia. Di samping itu, pertandingan ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat penjawat awam yang terbaik dalam gaya, teknik dan ilmu pidato sebagai persediaan untuk ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat kebangsaan dan antarabangsa. This competition, which has been held for the fifth year, is one of the agendas to elevate the National Language through public speaking among civil servants. This year, the theme “Malaysia and the 2030 Sustainable Development Goals” was selected to focus participants and audiences on the analysis of international issues and their relevance to Malaysia. In addition, the competition is also a platform to discover the talents of the best civil servants in their oratory styles, techniques, and knowledge in preparation for higher levels such as national and international levels. Barisan para juri sedang mengadili peserta pidato The judges for the public speaking competition INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 20

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy