Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) KOLOKIUM PENYELIDIKAN 2020 / RESEARCH COLLOQUIUM 2020 Datuk Dr. Kamarudin bin Min, Pengarah INTAN sedang menyampaikan ucapan perasmian Datuk Dr. Kamarudin bin Min, Director of INTAN giving his officiating speech Kolokium Penyelidikan 2020 adalah program anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 10 September 2020 hingga 11 September 2020 di INTAN Bukit Kiara. Kolokium Penyelidikan 2020 diadakan secara hibrid (kehadiran fizikal) dan secara maya (melalui aplikasi Zoom) bagi mematuhi SOP penjarakan fizikal. Kolokium ini dianjurkan bagi memangkin dan menyemarakkan budaya penyelidikan dalam kalangan penjawat awam. Penganjuran ini juga adalah untuk mewujudkan satu wadah perkongsian mengenai kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh penjawat awam yang telah menamatkan tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dalam program ijazah kedoktoran (Ph.D) dan Sarjana. Sebanyak 24 kertas kajian telah dibentangkan mengikut lima tema utama iaitu Governan & Pentadbiran, Sains & Teknologi, Ekonomi & Kewangan, Keselamatan & Antarabangsa dan Sains Sosial. Pembentangan kertas penyelidikan melalui Kolokium Penyelidikan 2020 akan memanfaatkan pegawai-pegawai yang terlibat dengan perancangan/pelaksanaan dasar serta pegawai- pegawai yang bercadang mengikuti program sarjana dan Ph.D. Research Colloquium 2020 is a programme organized by the National Institute of Public Administration (INTAN) in collaboration with the Human Capital Development Division, Public Service Department, from 10th September 2020 to 11th September 2020 at INTAN Bukit Kiara. The 2020 Research Colloquium was held in hybrid mode by combining physical and virtual (via the Zoom application) approaches to comply with the social distancing SOPs. The colloquium was organized to catalyze and promote a culture of research among public officers. The organization of this colloquium is to provide a platform to share research and studies carried out by public officers who completed the Federal Training Awards (HLP) sponsorship in doctoral (PhD) and Master’s degree programmes. A total of 24 research papers were presented according to five main themes: Governance & Administration, Science & Technology, Economics & Finance, Security & International, and Social Science. The presentation of research papers through the Research Colloquium 2020 will benefit officers involved in policy planning/implementation and officers who intend to pursue Master and PhD programmes. PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI IMPLEMENTATION OF PROGRAMMES AND ACTIVITIES JABATAN PERKHIDMATAN AWAM | PUBLIC SERVICE DEPARTMENT 18
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy