Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020

KAJIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM DALAM PERSEKITARAN IR4.0 RESEARCH OF PUBLIC SECTOR HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN THE IR4.0 ENVIRONMENT Menyedari perkembangan IR4.0 dan serta kemunculan pelbagai trend teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT) , analisis data raya (big data analysis) , simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan pengkomputeran awan (cloud computing) , Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) semasa perlu ditambah baik supaya seiring dengan perkembangan IR4.0. Namun begitu, arkitektur semasa HRMIS tidak mampu berkembang selari dengan demografi teknologi IR4.0 ini. Teknologi baharu ini perlu diadaptasi dalam persekitaran Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam bagi membolehkannya bergerak seiring dengan keperluan pemegang taruh pada masa akan datang yang mana pada ketika itu perkhidmatan awam akan dipenuhi dengan individu/penjawat awam yang berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis. Kajian Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Dalam Persekitaran IR4.0 dilaksanakan bagi mendapatkan satu Dokumen Blueprint yang menggambarkan secara keseluruhan Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam pada masa hadapan. Objektif utama kajian adalah bagi mendapatkan arkitektur pengurusan sumber manusia baharu yang bersesuaian dengan megatrend dan keperluan terkini bagi memastikan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam adalah relevan untuk masa hadapan dan berada dalam demografi IR4.0 serta selari dengan era Kerajaan Digital. Selain itu kajian tersebut adalah untuk mendapatkan kaedah pelaksanaan pengurusan sumber manusia sektor awam yang lebih fleksibel dan dinamik dengan mengadaptasi persekitaran IR4.0, amalan terbaik dan trend pengurusan sumber manusia terkini. Kajian ini dilaksanakan secara holistik dan kerjasama bersepadu yang melibatkan penubuhan Focus Group dan pelantikan perunding. Sebanyak empat (4) Focus Group utama akan ditubuhkan sebagai kumpulan pemikir bagi mendapatkan input, output dan dapatan kajian mengikut skop kajian dan empat (4) domain yang telah dikenalpasti iaitu Teknologi dan Aplikasi, Bisnes dan Data, Dasar dan Perundangan serta Tadbir Urus; dan Pengurusan Perubahan. Focus Group bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan mencadangkan komponen teknologi IR4.0 dan arkitektur serta rekabentuk yang bersesuaian. JPA telah melantik PwC Consulting Associates (M) Sdn Bhd sebagai perunding kajian yang bekerjasama dengan Focus Group untuk melaksanakan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah kolaborasi dan co-creation bersama Focus Group yang telah dilantik. Bagi merealisasikan kajian ini, Bahagian Pengurusan Maklumat Strategik adalah bertindak sebagai urus setia kajian untuk menyelaras aktiviti-aktiviti kajian. Kajian ini telah bermula pada 1 Januari 2020 dan akan disiapkan pada 30 April 2021. By recognizing the development of IR4.0 and the emergence of various new technology trends such as automation, Internet of Things (IoT), big data analysis, simulation, system integration, use of robotics and cloud computing, Human Resource Management System (HRMIS) needs to be improved to keep pace with the development of IR4.0. However, the contemporary architecture of HRMIS is not growing in line with this IR4.0 technology demographic. This new technology needs to be adapted in the Human Resource Management environment to enable it to move in line with the needs of stakeholders in the future where the public service will be filled with highly skilled, creative and critical thinking individuals/general staff. The Public Sector Human Resource Management Research in the IR4.0 Environment is carried out to obtain a Blueprint Document that describes the overall Human Resource Management System of the Public Sector in the future. The research’s main objective is to obtain a new human resource management architecture that is in line with the latest megatrends and needs to ensure that Human Resource Management is relevant for the future and is in the IR4.0 demographic in line with the Digital Government era. In addition, the research is to obtain a more flexible and dynamic method of implementing human resource management by adapting the IR4.0 environment, best practices and the latest human resource management trends. The research is conducted in a holistic and integrated collaboration by establishing a Focus Group and the appointment of consultants. The Focus Group was responsible for identifying and recommending the components of IR4.0 technology and appropriate architecture and design. A total of four (4) main Focus Groups established as think tanks to obtain inputs, outputs and research findings according to the scope of the research and four (4) domains that have been identified namely Technology and Applications, Business and Data, Policy and Legislation and Governance and Change Management. PSD appointed PwC Consulting Associates (M) Sdn Bhd as a research consultant collaborating with Focus Group to carry out this research. This research was implemented through collaboration and co-creation with the appointed Focus Group. The Strategic Information Management Division acts as the research secretariat to coordinate research activities to conduct this research. The research started on 1st January 2020 and will be completed on 30th April 2021. LAPORAN TAHUNAN 2020 ANNUAL REPORT 135 JPA@ 2020

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy