Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2020
Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) telah menerbitkan dua (2) naskah penerbitan sepanjang tahun 2020 seperti berikut : The Organizational Development Division (BPO) published two (2) publications in the year 2020, which are as follows : SENARAI PENERBITAN BPO BPO PUBLICATION LIST Penerbitan Buku Kompilasi Dasar Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam 1967 – 2020 Publication on Compilation of Malay Language Policies In Public Service 1967 - 2020 Penerbitan Buku Maklumat Skim Perkhidmatan Berkuat kuasa Mulai 1 Januari 2020 Publication on Service Scheme Information Effective From 1st January 2020 Buku Kompilasi Dasar Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam 1967 hingga 2020 merupakan rangkuman bagi punca kuasa dan dasar-dasar berkaitan subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia sebagai satu syarat wajib untuk lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan Tahun 1967 dan Surat Pekeliling Am Bilangan 12 Tahun 1967. Buku ini dapat dijadikan sumber rujukan untuk membantu dan memudahkan pegawai-pegawai di JPA dalam mengendalikan urusan berkaitan skim-skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa. A compilation of Malay Language Policies in Public Services from 1967 to 2020 summarizes jurisdiction and policies related to the subject of Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia as a prerequisite for appointment to the Public Service following the implementation of the National Language Act of 1967 and the General Circular No. 12 of 1967. This book can be used as a reference to assist and facilitate officers in the PSD in handling matters related to service schemes that are enforced. Buku Maklumat Skim Perkhidmatan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020 merupakan kesinambungan daripada Buku Maklumat Skim Perkhidmatan yang pernah diterbitkan pada tahun 2017 dan kandungannya juga telah dikemaskini dan ditambah baik selaras dengan perubahan semasa skim perkhidmatan terkini. Buku ini mengandungi maklumat lengkap tentang skim perkhidmatan meliputi perkara seperti Prinsip Umum Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam, Senarai Skim Perkhidmatan Berkuat Kuasa, Syarat Lateral Entry Dan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP), Syarat Bahasa Melayu, Syarat Kenaikan Pangkat, Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL), Prinsip Penjumudan dan Pemansuhan dan maklumat tambahan lain seperti Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) dan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). The Service Scheme Information Book, effective from 1st January 2020 is a continuation of the Service Scheme Information Book that was published in 2017 and it has been updated and improved in line with the current changes to the latest service scheme. The book contains complete information on the service schemes, which covers matters such as general principles of Appointment to the Public Service, Service Schemes Enforced List, Lateral Entry and Entry Various (KMP) scheme, Malay Language Policy, Promotion Terms and Promotion by Appointment (PSL), Principles of Consolidation and Revocation and other additional information such as Salary Increment Prize (HPG) and Critical Service Incentive Payment (BIPK). LAPORAN TAHUNAN 2020 ANNUAL REPORT 129 JPA@ 2020
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy