Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

jpa2019 | 97 Majlis penyampaian Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi sesi pengajian 2019/2020 telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Julai 2019 di Istana Negara. Dalam majlis ini seramai 11 orang calon telah ditawarkan biasiswa iaitu enam (6) orang bagi peringkat Ph.D dan lima (5) orang bagi peringkat Sarjana. The presentation of the Yang di-Pertuan Agong Scholarship (BYDPA) for the 2019/2020 study session was officiated by His Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Deputy Yang di-Pertuan Agong on July 2, 2019 at the Istana Negara. At this event, 11 candidates were offered scholarships, six (6) for Ph.D and five (5) for Master's degree. Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) telah mula diperkenalkan pada tahun 2006. Biasiswa ini diperkenalkan bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang calon, di samping memberi peluang untuk mereka melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan Ph.D) di dalam dan di luar negara. The Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Scholarship (BYDPA) programme was introduced in 2006. The scholarship was introduced to recognise the outstanding ability of a candidate, while providing an opportunity for them to pursue post-graduate (Master's and Ph.D) studies locally and overseas. Sebanyak 13 sesi penawaran telah dilaksanakan dengan menaja seramai 151 orang pelajar iaitu 76 orang pelajar di peringkat Ph.D dan 75 orang pelajar di peringkat Sarjana. Bidang pengajian adalah meliputi empat (4) bidang utama iaitu Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. A total of 13 offer sessions were conducted sponsoring 151 students, 76 students at Ph.D level and 75 undergraduate students. Area of study covers four (4) major areas of Science & Technology, Economics, Law and Islamic Finance. Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong bergambar bersama penerima biasiswa. Sesi penganugerahan biasiswa oleh Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada penerima. BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) THE YANG DI-PERTUAN AGONG SCHOLARSHIP (BYDPA)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy