Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

jpa2019 | 95 Majlis Amanat kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) telah diadakan pada 8 Oktober 2019 bertempat di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Seramai 816 orang jemputan yang terdiri daripada Ketua-Ketua Perkhidmatan / Jabatan serta penerima HLP dan CBBPTB hadir ke majlis ini. Majlis ini bertujuan untuk memberikan penerangan lanjut berhubung penajaan serta tanggungjawab penerima sebelum, semasa dan selepas mengikuti pengajian di bawah tajaan HLP dan CBBPTB. Sesi penerangan telah disampaikan oleh wakil dari Bahagian Pembangunan Modal Insan, Bahagian Perkhidmatan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Institut Tadbiran AwamNegara (INTAN). The Admonition Ceremony for Federal Training Award (HLP) and Study Leave With Full Remuneration Without Scholarship (CBBPTB) Recipients were held on October 8, 2019 at the Sri Siantan Hall, Perbadanan Putrajaya Complex, Precint 3, Putrajaya and was officiated by YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Director of Human Capital Development Division, Public Service Department (JPA). A total of 816 guests including the Heads of Services / Departments as well as HLP and CBBPTB recipients were present. The purpose of this event was to provide further information on the sponsorship and responsibilities of the recipient before, during and after the study under the HLP and CBBPTB sponsorship. The briefing session was presented by representatives from the Human Capital Development Division, Service Division, Administration Services Division and the National Institute of Public Administration (INTAN). Pada tahun 2019, seramai 570 orang pegawai telah ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan iaitu 169 orang penerima untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dan 401 orang penerima untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana. Daripada 169 orang penerima peringkat Ph.D, seramai 147 orang telah diluluskan untuk melanjutkan pengajian di dalam negara dan 22 orang diluluskan untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Manakala, seramai 374 orang penerima Sarjana telah diluluskan untuk melanjutkan pengajian di dalam negara dan 27 orang penerima Sarjana diluluskan untuk melanjutkan pengajian di luar negara. In 2019, 570 officers were offered the Federal Training Award with 169 recipients continuing their Doctoral Degree (Ph.D) and 401 recipients pursuing their Master’s degree. Of the 169 Ph.D recipients, 147 were approved to study locally and 22 were approved to study abroad. Meanwhile, a total of 374 Masters recipients were approved for further study in the country and 27 Masters recipients were approved for further education abroad. Tambahan daripada jumlah tersebut adalah seramai 50 orang pegawai Perkhidmatan Gunasama ditawarkan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa bagi melanjutkan pengajian peringkat Ph.D dan Sarjana. Adding to this was a total of 50 Shared Service Officers who were offered Study Leave with Full Remuneration without Scholarship to further their Ph.D and Master’s degrees. MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT KEPADA PENERIMA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBPTB) SESI 2020 FEDERAL TRAINING AWARD (HLP) AND STUDY LEAVE WITH FULL REMUNERATION WITHOUT SCHOLARSHIP (CBBPTB) RECIPIENTS’ ADMONITION CEREMONY BAHA G I AN P EMBANG UNAN MODA L I NS AN ( BM I )

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy